AdSense

Friday, March 28, 2025

RM10.2 juta beli lencana Jalur Gemilang?




Macam-macam pendapat pasal lencana Jalur Gemilang yang diwajibkan mulai April 2025. Hanya beberapa hari saja lagi kita dah melangkah ke bulan April.


Lepas cuti raya, mak bapak dah kena terus cari lencana Jalur Gemilang.


Siapa yang akan dapat job percetakan? Masuk akal juga, sebab memang ini jugalah yang sering dimainkan oleh PH semasa bergelar pembangkang dulu.


Bila ada je dasar baru BN, PH pasti akan kritik, siapa kroni dapat projek?


Jadi, tidak salah jika dikembalikan soalan sama kepada PH yang kini memegang kuasa.


Anggaran Jumlah Pelajar Sekolah KPM (2023/2024)


Sekolah Rendah (SK, SJKC, SJKT)

Pelajar: ≈2.8 juta


Sekolah Menengah (SMK, SMJK, SABK)

Pelajar: ≈2.3 juta


Sekolah Pendidikan Khas

Pelajar: ≈15,000


Total Pelajar di Sekolah KPM (2023/2024): ≈5.1 juta


Andaikan satu lencana RM1 x 5.1 juta pelajar = RM5.1juta


Seorang pelajar ada 2 baju (purata), jadi kos pembelian jadi RM10.2  juta.


Itu untuk 1 anak. Kalau 2, 3 anak? 


Siapa dapat keuntungan daripada penjualan ini?


Bagus memang bagus dasar mewajibkan lencana Jalur Gemilang ni, atas matlamat memupuk kecintaan kepada negara, terap semangat patriotik.


Tapi bukankah banyak lagi cara yang tidak memerlukan kos?


Perkasakan silibus untuk menyemai semangat patriotik dan laksana program yang dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim pelajar.


Kenapa nak buat sesuatu yang memerlukan rakyat keluar duit? 


PMX Anwar sebelum ini suka 'kritik' golongan maha kaya. Kenapa pula PMX tak minta golongan maha kaya tanggung kos RM10.2 juta ini agar dapat disalurkan kepada pelajar?


Suara Lensa 

28 Mac 2025


No comments:

Post a Comment