AdSense

Monday, December 11, 2023

ECRL : PH DAP akui projek peninggalan BN adalah yang terhebat?

 


Hari ini, 11/12/2023, sejarah tercipta apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melancarkan pemasangan landasan pertama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari stesen Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC) di Gebeng ke Dungun, Terengganu.


Bercakap tentang ECRL ini, mari kita imbau sedikit apa yang berlaku sebelum ini.


Diperkenalkan oleh PM ke 6 yang kini dalam penjara, DS Najib Razak ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional.


Sebelum BN tumbang, ECRL antara yang teruk difitnah antaranya;


- Najib, BN gadai Malaysia pada China

- ECRL bazir wang rakyat

- ECRL tambah hutang negara, anak cucu merana kena bayar hutang peninggalan BN




Pada 23 Oktober 2016, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pernah kata,


"Bagi saya adakah ini satu perbelanjaan kos landasan yang paling mahal dalam dunia? Saya tak tahu lah mungkin kerajaan nak bina rel tu daripada emas ke atau besi buruk."


https://www.karangkraf.com/berita/kos-ecrl-rm55b-macam-nak-bina-landasan-emas-1.576629


Pada 15 November 2016, Tony Pua (kini Setiausaha Politik Menteri Kewangan Lim Guan Eng) mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional dalam isu pembinaan ECRL


Kata Tony Pua seperti yang dilapor lidah rasmi DAP, Roketkini, kos berlebihan sebanyak RM55 bilion ECRL ini merupakan cubaan untuk menyedut sehingga RM25 bilion untuk membayar hutang 1MDB, bagi menutupi puluhan bilion ringgit yang telah diubah secara haram di luar negara.


https://www.roketkini.com/2016/11/15/kos-ecrl-sepatutnya-lebih-rendah-baki-rm25-bilion-mungkin-digelapkan/


Pada 2 Julai 2018, Sinar Harian melaporkan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengatakan kos pembinaan ECRL mencecah RM81 bilion selepas mengambil kira kos pengambilan tanah, faedah, yuran dan kos operasi lain termasuk kupon sukuk.


Namun, artikel berkenaan gagal ditemui dipercayai telah dipadam.


https://www.sinarharian.com.my/nasional/kos-ecrl-cecah-rm81-bilion-guan-eng-1.851929


Di Twitter masih ada : https://twitter.com/sinaronline/status/1014002023132327937?lang=en


Begitulah serba sedikit sejarah berkaitan ECRL ini...


Mudah-mudahan kita semua tidak sesekali lupa ahli-ahli politik terkutuk yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri. Sanggup menfitnah bukan sahaja manusia, tetapi benda tidak hidup seperti ECRL juga difitnah...


Foto perasmian pemasangan landasan pertama ECRL oleh Zaffaruddin Hamzah

Sumber FB UMPSA Malaysia 








No comments:

Post a Comment