AdSense

Sunday, December 10, 2023

Ketuanan Melayu VS Ketuanan Rakyat : Hampir 7 dekad tunggang nama Melayu, yang kaya raya hanya pemimpin dan kroni


Sejak berpuluh tahun dilaksanakan kempen atau program atau polisi dan dasar menggunakan nama bangsa seperti agenda Melayu, ekonomi Melayu, kongres Melayu, maruah Melayu. Ini bukan dilaksanakan oleh pertubuhan atau NGO, tetapi kerajaan pemerintah. Mungkin sebab penduduk Malaysia majoriti Melayu, maka nama Melayu digunakan.

Sepanjang pelaksanaannya, individu yang kaya di Malaysia masih bukan orang Melayu. Yang ada pun hanya seorang dua je dan hanya itulah nama yang ada tidak berubah.


Sejak berpuluh tahun lalu, Anwar kerap menyebut nama taukey taukey kaya raya yang disifatkan sebagai kroni lawannya pada ketika itu, Mahathir. Banyak kali dalam ceramah, Anwar menyentuh bab ini. Boleh rujuk balik video-video ucapannya. Maksudnya di sini, yang kaya raya hanyalah kroni dan hanya seorang dua Melayu saja. 


Pada masa itu Anwar dan PKR cukup lantang mempersoalkan 'ketuanan Melayu' - Tidak ada kaitan dengan institusi raja Melayu atau Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya lebih kepada sang pemerintah Melayu yang mengutamakan tekak sendiri.


Antara video (banyak lagi korang boleh search sendiri)


Mahathir takut saya jadi PM - Anwar

https://youtu.be/AQERzlHjjZ0?feature=shared


Anwar, PKR mementingkan KETUANAN RAKYAT bukan ketuanan Melayu

https://youtu.be/oMOoonwTQNI?feature=shared


Jadi di mana keberkesanannya agenda ekonomi Melayu?


Sejak berpuluh tahun nama Melayu digunakan atau ditunggang;


1. Berapa banyak kilang milik 100% orang Melayu berjaya dibina di bumi Malaysia ini?


2. Berapa ramai jutawan dan bilionair Melayu?


3. Berapa banyak syarikat Melayu yang menggajikan ratusan pekerja?


4. Berapa banyak pasaraya milik 100% Melayu?


5. Berapa banyak bangunan di bandar-bandar besar milik 100% orang Melayu?


6. Berapa banyak syarikat hartanah / perumahan / pembinaan 100% milik orang Melayu?


7. Berapa banyak kompleks membeli belah 100% milik orang Melayu?


Tengok sekeliling, tengok pemimpin korang yang kononnya memperjuangkan nasib orang Melayu tu, pakai kereta apa? Duduk di rumah macam mana? Apa jenama pakaian mereka? 


Dan bandingkan dengan korang, ahli keluarga korang, jiran-jiran korang dan rakyat marhaen yang lain. Hutang dah bayar? Minyak kenderaan paras F atau E? Esok dah ada duit nak makan? 


Jadi, sampai bila nak tunggang nama Melayu, kononnya membela nasib orang Melayu, kononnya memperjuangkan orang Melayu tetapi langsung tidak berkesan. Malah, yang kaya raya hanyalah kroni saja, bukan rakyat marhaen.


*Gambar sekadar hiasan


SUARALENSA

10 DISEMBER 2023

No comments:

Post a Comment