AdSense

Thursday, December 21, 2023

Isu PM bukan Melayu, Pilihan Raya PBT : Kit Siang dan Kok Wai dipecat DAP?


 3 persoalan berhubung kenyataan Lim Kit Siang dan Tan Kok Wai


Susulan kontroversi yang tular di media sosial selepas veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai di mana masing-masing membangkitkan tentang Impian Malaysia dan piilihan raya kerajaan tempatan, hubungan antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan dilihat goyah.


Pemimpin-pemimpin dalam parti gabungan Kerajaan Perpaduan telah berbalas 'tembakan', kecaman dan kritikan, dengan secara tidak langsung memberi peluru kepada pihak pembangkang untuk menghasut rakyat seterusnya hilang keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya utuh.


Tindakan Kit Siang dan Kok Wai dalam membangkitkan isu tersebut telah menimbulkan persoalan orang ramai;


1. Apakah niat sebenar mereka?


2. Adakah ia suara rasmi DAP? Jika tidak, adakah kedua-dua pemimpin ini akan dikenakan tindakan disiplin dalam parti?


3. Adakah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke akan memecat Kit Siang dan Kok Wai kerana cuba merosakkan hubungan antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan?


Persoalan ini penting untuk diperjelaskan kerana kegagalan DAP untuk bertindak ke atas mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab akan menghantar mesej salah, iaitu DAP mempunyai agenda tersendiri yang dilihat mensabotaj Malaysia Madani pimpinan Perdana Menteri ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.


Sumber


No comments:

Post a Comment