AdSense

Tuesday, July 4, 2023

Menteri 'buat kecoh' di KLIA : BUKAN Cina VS Melayu



Betul, ramai penjawat awam itu orang Melayu. Tetapi, takkan kita sebagai orang Melayu hendak sokong orang Melayu yang hidup bergelumang dengan rasuah? Bukan ke sebagai Muslim kita kena halang mereka daripada terus melakukan dosa? 


Ini tak bermakna kita bersetuju dan membiarkan orang bukan Islam melakukan rasuah. Salah tetap salah. Tapi sekarang kita bercakap dalam konteks orang Melayu, apabila wujud naratif yang menggambarkan kes 'menteri buat kecoh di KLIA' sebagai isu perkauman - Menteri (orang Cina) lawan penjawat awam (orang Melayu).


Teringat Anwar Ibrahim semasa pembangkang, sering kali menyebut dalam ceramahnya, lebih kurang macam ni, "Hidup Melayu! Ketuanan Melayu! Tapi Melayu yang bagaimana kita hendak ikut? Melayu korup? Melayu yang mengkayakan kroni kroni anak beranak dia saja?


Jadi dalam kes di KLIA ni, SL puji Anwar sebagai PM yang pandang serius. Sekarang imej negara tercalar dek segelintir pegawai korup, habis busuk nama Malaysia. Kerana 'nila setitik, rosak susu sebelanga'.


Ini bukan lagi soal mempertahankan Melayu, sebaliknya memperbetulkan mana yang salah. SL orang Melayu dan SL tak akan sesekali menyokong perasuah, tidak kira dia Melayu, Cina atau India sekalipun. Salah tetap salah.


Pepatah ada menyebut, "Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang."


SPRM kesan ejen minta rasuah RM18,000 di KLIA

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/07/04/sprm-kesan-ejen-minta-rasuah-rm18000-di-klia/

2 comments:

  1. Nak adil kena adil semua bangsa...

    Bangsa perasuah selalu lepas... Itu kira camne haahhh... Anak adil kena adil semua... Bukan Melayu' diminta ikut peraturan bangsa perasuah lepas bebas kaya raya Contoh Jho Low...Anak Taikun Vincent Tan nama Kevin Tan berkilo ganja penyanyi Melayu' ke tali gantung

    Nak lagi contoh bangsa perasuah lepas be as ka...!?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa nak bela sangat DAP? Memang DAP tu lagi bahaya!!!

      Delete