AdSense

Tuesday, March 7, 2023

Syamsul Yusof didakwa pukul isterinya, Puteri Sarah pada tahun 2020, mahkamah diberitahu.


 

Peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini, 7 Mac 2023.


Datuk Akberdin Abdul Kader berkata ketika prosiding sebutan kes permohonan cerai, kejadian itu memaksa Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, keluar daripada rumah yang diduduki. Puteri Sarah hanya pulang semula ke rumah itu selepas dipujuk kedua-dua mentuanya.


Berikut laporan penuh di Majoriti:


“Masa itu tak buat (laporan) sebab sayang. Bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Malah tiada siapa yang tahu mengenai itu.


“Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah, Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. 


Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, insiden dipukul itu merupakan salah satu sebab anak guamnya keluar dari rumah.


“Dipukul antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya nusyuz bertindak keluar dari rumah.


“Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku dan selepas itu Sarah kembali ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluar mentua.


“Syamsul membuat andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar ke rumah tanpa izin. Itu tidak betul sebab anak guam saya ada asas,” terangnya.


https://majoriti.com.my/relaks/2023/03/07/puteri-sarah-dedah-pernah-dipukul-tapi-syamsul-enggan-ceraikan-isteri-pertama

No comments:

Post a Comment