AdSense

Saturday, March 11, 2023

Kes Majlis Peguam sama macam kes Najib Razak la kan?


Majlis Peguam ( Bar Coucil) berkata bahawa sekumpulan peguam mereka kini terperangkap  dalam beberapa siri kes penyelewengan kerana peguam-peguam ini tidak tahu apa yang staf mereka lakukan dan tidak menyemak semula kewangan mereka secara kerap.



Menjelaskan kes-kes tersebut, Majlis Peguam berkata peguam-peguam berkenaan telah meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kakitangan sokongan yang berurusan secara langsung dengan pelanggan.


Eh... jadi Majlis Peguam sekarang mengatakan bahawa para peguam tidak bertanggungjawab ke atas kes penyelewengan tersebut kerana mereka terlalu mempercayai kakitangan mereka, tidak kerap menyemak laporan kewangan mereka dan akhirnya menyedari kakitangan mereka adalah penyangak?


Bukankah begitu juga kisahnya dalam kes Najib yang terperangkap dalam kes SRC kerana terlalu mempercayai kakitangannya dan tidak kerap menyemak penyata kewangan dan ternyata kakitangannya itu penyangak kerana telah disogok oleh Jho Low untuk menyorokkan status sebenar akaun Najib? 


Kenapa double standard? 


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/03/11/bar-sounds-warning-as-lawyers-fall-prey-to-cheating-staff/


Sumber: Nabeel Naqie IV


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Sj9D8vxBL2i82fZWbq9YFjLqQDWeL2GZee9MHQ7hYxBsPPJHXQYdhk9TEaUTeGfgl&id=100059942441806&mibextid=qC1gEa

No comments:

Post a Comment