Wednesday, January 12, 2022

Sebelum DAP dan PH nak berlagak hero antirasuah, eloklah cermin diri sendiri dulu. Ini fakta yang mengejutkan generasi muda


Generasi muda mungkin nampak DAP dan PH adalah parti yang benci rasuah atau benci penyalahgunaan kuasa. Sebelum korang jauh hanyut dengan wayang DAP dan PH, maka Suara Lensa rasa terpanggil untuk tarik korang kembali ke pangkal jalan.

Ini yang berlaku ketika PH berjaya menjadi kerajaan dalam PRU14 pada tahun 2018.

Kes rasuah banglo yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng digugurkan. Semua terkejut. SPRM pun terkejut. Masa ni, Peguam Negara adalah Tommy Thomas. Dilantik oleh PM pada masa ni, Tun Mahathir Mohamad. Orang kata Tommy Thomas sebelum ni peguam kepada Lim Guan Eng.

Skandal terowong dasar laut hangat diperkatakan. Sebab projek ini dikatakan bernilai lebih RM6bilion! Rasuah ni bala tuan-tuan...

Anak seorang menteri PH-PAN pada ketika itu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan dadah. Mahkamah hukum penjara 8 bulan. Ini masa bulan Jun 2020 tuan-tuan.

Tapi pada Oktober 2021, dia dibebaskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah. Korang pernah dengar ke nama hakim ni? Kes apa? Huhuhu.

Oh tak lengkap tanpa Mahathir. Insan kebanggaan Pakatan Harapan. 

Baru 5 hari PH menang pilihan raya, korang rasa apa berlaku?

Tol dihapuskan? PTPTN dihapuskan? Minyak petrol RM1.50seliter? Harga barang turun? Hutang negara berkurang?

Tidak tuan-tuan. Tu semua janji palsu haprak kencing PH semata-mata.

Lepas 5 hari jadi kerajaan, Syarikat Mokhzani dapat kontrak bernilai RM11.16 juta. Ye lah Mokhzani anak kepada Mahathir la siapa lagi. Mahathir naik, anak beranak kroni dia ofcourse lah naik sama. Korang ingat dia ada masa nak fokus pada rakyat marhaen macam korang?

Amacam? Puas hati baca fakta dan realiti sejarah ni?

Ok now korang pergi bisik kata telinga puak-puak PH DAP yang acah-acah hero antirasuah, antipenyelewengan tu. Bisikkan, "toksah main wayang beriya sangatlah. Nah cermin diri sendiri dulu."
--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment