AdSense

Wednesday, October 6, 2021

Kenapa Pengerusi MDEC (agensi Kerajaan) Rais Hussin bersunguh jilat Lim Guan Eng DAP? Ini sebabnya...


Sedia maklum, Rais Hussin dilantik sebagai Pengerusi MDEC (agensi bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia) ketika regim Pakatan Harapan ambil alih tampuk pemerintahan negara.

Tuan tuan dan puan puan para pembaca sekalian boleh juga search nama Rais Hussin di google dengan tambah keyword: Buku Harapan / penulis Manifesto PH / Manifesto PH kencing rakyat

Di bawah ini seorang Pemuda MCA telah membuat satu kenyataan media dengan mempersoalkan kredibiliti Rais Hussin sebagai penjilat DAP.

KENYATAAN MEDIA AHLI MAJLIS TERTINGGI PEMUDA MCA, DR. GAN KANG KAI (4 OKT 2021)

Rais Hussin kuda tunggangan pembangkang

Semasa sidang Dewan Rakyat pada 30 September 2021, Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah melontarkan cabaran kepada Ahli Parlimen Bagan, YB Lim Guan Eng untuk berdebat mengenai isu dasar kabotaj.

Cabaran itu tidak pelik kerana Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP antara individu yang dilihat sering 'menghentam' Kementerian Pengangkutan (MOT) dan menterinya tidak kira dalam persidangan Dewan Rakyat atau pun ketika di luar dewan.

Namun, apa yang 'pelik' apabila cabaran itu mendapat perhatian pantas oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff sehingga beliau mengeluarkan kenyataan menjangkakan sekiranya debat tersebut berjaya diadakan, Guan Eng pasti kalahkan Ka Siong.

Adakah tindakan Rais ini secara tidak langsung membuktikan yang beliau rela hati menjadi 'kuda tunggangan' pembangkang?

Tindakan itu juga tidak masuk akal kerana MDEC merupakan agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia tetapi hati Pengerusinya berpihak kepada parti lawan.

Pendirian saya jelas, semua kakitangan Kerajaan Persekutuan khususnya pemimpin agensi kerajaan wajar bertindak sehaluan dengan kementerian dan bukan sebaliknya sebab mereka berkhidmat untuk kerajaan yang memerintah atau 'government of the day'. Sebagai seorang pengerusi MDEC, Rais sepatutnya berkongsi maklumat yang betul kepada rakyat tetapi apa yang dilakukan adalah sebaliknya.

Sebagai contoh, Rais seringkali menyalahkan dasar kabotaj adalah punca utama yang menyebabkan syarikat gergasi seperti Google dan Facebook mengecualikan Malaysia dalam perancangan projek kabel dasar laut. Pandangan tersebut selaras dengan pihak pembangkang yang sengaja memutarbelit fakta sebenar demi mengelirukan rakyat serta bertujuan 'mencari pasal' dengan lawan politik.

Pada hakikatnya, perancangan dua projek kabel iaitu ECHO & BIFROST telah bermula seawal tahun 2015 di mana Singapura telah terpilih ekoran perancangan pembinaan pangkalan data Facebook di Tanjong Keling Data Center Park, Singapura pada tahun 2019. Projek kabel dasar laut konsortium Asia Tenggara Jepun 2 (SJC2) pada tahun 2018 juga tidak melalui Malaysia.

Harus diingat bahawa Kerajaan Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada masa tersebut di mana meskipun terdapat pengecualian kepada kapal asing yang perlu memohon Lesen Perkapalan Dalam Negeri (Domestic Shipping License, DSL) tetapi pengecualian tersebut yang diheboh-hebohkan oleh mantan Menteri Pengangkutan PH, Anthony Loke tidak berupaya menarik pelaburan gergasi asing untuk memilih Malaysia berbanding Singapura.

Perlu dijelaskan bahawa pengecualian yang diberikan kepada kapal asing pada zaman PH sekadar merujuk kepada proses pengesahan ketiadaan kapal tempatan yang perlu diperolehi oleh semua kapal asing yang berhasrat memohon DSL. Dengan kata lain, DSL yang sah tetap diperlukan sebelum kapal asing menjalankan kerja-kerja di perairan negara kita. Isu pokok yang timbul pada zaman PH ialah kelewatan memproses permohonan DSL.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong yang sudah lama diiktiraf sebagai pakar dalam bidang perancangan pengangkutan telah mengambil langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah pemprosesan permohonan DSL , daripada tempoh puluhan hari semasa zaman PH kepada tiga hari sahaja pada masa sekarang selepas pengenalan sistem eDSL oleh MOT.

Jelas sekali bahawa projek kabel ECHO, BIFROST & SJC2 yang tidak melalui Malaysia langsung tiada kaitan dengan dasar kabotaj selepas tumbangnya Kerajaan PH. Sebab utama Malaysia tidak terpilih adalah kerana kekurangan pangkalan data yang canggih seperti Singapura pada masa tersebut. Rais sepatutnya berhadapan dengan hakikat ini dan mengemukakan pelan untuk menaik taraf pangkalan data Malaysia tetapi agak kecewa sekali bila kita dengar beliau mengabaikan hakikat ini dan terus menyalahkan dasar kabotaj yang kononnya menyebabkan kegagalan penarikan pelaburan langsung asing (FDI).

Keberkesanan MOT di bawah pimpinan Ka Siong terserlah (meskipun pengecualian sudah ditarik balik) dengan rekod cemerlang kecekapan kelulusan sebanyak 10 DSL (9 permohonan dalam 3 hari) kepada 2 buah kapal asing iaitu Asean Explorer & Asean Restorer bagi tempoh Disember 2020 hingga Ogos 2021. Rekod ini jauh lebih baik berbanding masa Anthony Loke memimpin MOT zaman PH. Dengan kata lain, Rais yang sengaja mencari helah menuding jari pada MOT kononnya dasar kabotaj yang disokong MOT sekarang menyebabkan kejatuhan FDI. Jelas dakwaan itu langsung tidak berasas dan mengarut!

Sebagai Pengerusi MDEC, Rais seharusnya menggunakan akal untuk berfikir dengan bijak dan mengikut fakta, bukan hanya menghentam MOT secara membuta tuli kerana ini tidak adil buat mereka yang berusaha bersungguh-sungguh berkhidmat di dalam MOT!

Saya ingin bertanya, apakah usaha berkesan yang telah dilakukan untuk meningkat daya persaingan teknologi digital ketika PH memerintah negara pada 2018 hingga 2019? PH hanya tahu membazir masa dan duit rakyat untuk idea yang tidak realistik seperti mewujudkan kereta terbang!

Sampai bila Rais akan berani untuk menerima hakikat kelemahan ini? Syarikat gergasi asing akan membuat keputusan yang paling menguntungkan mereka dengan memandang dari pelbagai aspek terutamanya kemudahan infrastruktur serta kepakaran sumber manusia selepas perancangan rapi bertahun-tahun. Keputusan mengetepikan Malaysia dalam projek kabel dasar laut syarikat-syarikat tersebut bukan dibuat dalam masa sehari dua.

Seperti mana yang diketahui pihak industri, salah satu sebab utama syarikat dari Amerika seperti Google dan Facebook mengelak untuk meletak kabel di kawasan dasar laut China Selatan ialah ketegangan hubungan di antara dua kuasa besar dunia yakni China dan Amerika. Kebimbangan utama mereka ialah lalu lintas komunikasi Amerika mungkin terdedah kepada pemantauan pihak Beijing. Sebab itulah mereka lebih cenderung menempatkan kabel melalui Lautan Pasifik sebagai laluan gantian Laut China Selatan.

Agak mengejutkan sekiranya Rais tidak tahu mengenai hubungan semasa antarabangsa yang diketahui pihak industri. Rais sepatutnya peka terhadap isu ini dan pemikiran bagai 'katak di bawah tempurung' tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi MDEC. Ini bukan kali pertama Rais bercanggah pendapat dengan MOT berkenaan isu dasar kabotaj selepas tumbangnya Kerajaan PH. Pengakuan Pengerusi MDEC yang menyokong pihak lawan secara terus-terang ini langsung tidak boleh diterima.

Sesiapapun pantang digelar kalah sebelum berperang. Kenyataan Rais yang mengagung-agungkan pihak pembangkang harus diambil tindakan yang sewajarnya. Justeru, saya menyeru kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa agar mempertimbangkan semula jawatan Rais dalam MDEC yang berulang kali gagal menunjukkan semangat kerja berpasukan serta seringkali gagal berhujah mengikut fakta sebenar.

-MCA online-

No comments:

Post a Comment