AdSense

Thursday, October 7, 2021

Guan Eng pengecut bab debat, adakah kali ke3 ni dia akan kembali menyorok dalam terowong?

 


YB Lim Guan Eng,

Jangan bimbang, saya tak akan lari daripada berbicara atau berdebat dengan YB!

Saya tak takut sampai perlu menyorok dalam terowong dasar laut Pulau Pinang.

Nak berdebat? Bersabarlah sikit. Kan saya dah kata di Dewan Rakyat pada 22 September 2021 bahawa Dasar Kabotaj ini akan dibincangkan di Kabinet pada bulan ini.

Apabila Kabinet telah membuat keputusan kelak, pejabat saya akan menghubungi serta berbincang dengan penerbit stesen TV untuk mengaturkan tarikh dan masa yang sesuai untuk program bicara atau debat dalam Bahasa Malaysia yang akan disiarkan secara langsung di TV. (harap ada stesen TV yang sudi).

Saya akan memberi cadangan tarikh, tentatif dan biarlah YB Lim Guan Eng memilih tarikh yang sesuai untuk berbicara atau berdebat secara profesional (bukan provisional ya).

Saya tidak akan mengumumkan tarikh debat secara “unilateral”, sebaliknya tarikh dan format debat atau bicara perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Relakslah Guan Eng!

Sebelum ini pun dah dua kali saya ajak berdebat tapi YB yang tak berani, macam-macam helah digunakan sebab nak elak berdebat dengan saya.

Sebenarnya, Guan Eng mempunyai “rekod buruk” apabila tidak berani berdebat dengan saya pada awal tahun 2018 ketika Skandal Terowong Dasar Laut Pulau Pinang dibongkarkan.

Antara alasan Guan Eng tak mahu berdebat adalah kerana tak sama taraf - dia nombor 1 (Setiausaha Agung) dalam DAP manakala saya pada ketika itu hanyalah nombor 2 (Timbalan Presiden) dalam MCA. Macam ini punya alasan pun ada…

Sedangkan lokasi debat tersebut pada ketika itu diadakan di kawasan beliau, Bagan, bukannya Ayer Hitam.

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/03/405672/lebih-2000-hadir-ceramah-kisah-benar-p-pinang

Ketika itu beliau adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang sangat berkuasa sehingga projek terowong dasar laut masih tertangguh sehingga kini walaupun tanah telah diserahkan kepada pemaju swasta secara pertukaran tanah (land swap). Malah kondominium yang dibina pemaju tersebut telah pun siap dan unit habis dijual!

Kali kedua Guan Eng tidak berani berdebat dengan saya ialah pada tahun 2019 di mana beliau selaku Menteri Kewangan ketika itu telah menggugurkan peruntukan geran padanan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC), sedangkan institusi pendidikan untuk pelajar berbilang kaum ini (bekas Menteri Pertanian PH, DS Salahuddin Ayub juga antara graduan di sini) yang mendapat peruntukan tahunan daripada Kerajaan sejak penubuhannya pada tahun 1969 lagi.

Kot-kot Guan Eng lupa, boleh imbau balik video ni:
https://fb.watch/8tFJhVc0QD/

Guan Eng sila duduk, jangan lari lagi!


#SayaAnakJantan
#BeraniKeranaBenar

Sumber

No comments:

Post a Comment