AdSense

Thursday, July 5, 2018

Gelagat peguam PHakatan yang mencuit hati...


Kelmarin 3 Julai 2018, sekitar jam 230pm media atas talian Malaysian Insight (dulu Malaysian Insider) menjadi media terawal menyiarkan berita mengenai penangkapan bekas Perdana Menteri yang ditumbangkan oleh #tsunamiPHitnah Datuk Seri Najib Tun Razak.


Ramai yang mula meragui kenapa MI yang mula sebar berita ini sambil memetik satu sumber dalaman? Bagi penulis, situasi 'kebocoran maklumat' ini bukanlah sesuatu yang pelik. Bekas eksekutif Pengarah Petrosaudi International Ltd, Xavier Andre Justo mungkin boleh dijadikan rujukan jika kita mahu membincangkan soal 'kebocoran maklumat'.




Sedia maklum, tugas penangkapan ini dilakukan oleh pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengumumkan penangkapan tersebut.

Kenapa PPK ini yang lebih berkuasa daripada SPRM? Satu persoalan yang bukan saja jadi tanda tanya masyarakat tetapi juga Majlis Peguam Malaysia. Namun MPM hanya bercakap untuk satu kenyataan saja. Tiada tindakan susulan yang dibuat. Barangkali mahu menunjukkan mereka neutral - tidak berpihak.


Melucukan apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull  yang tercalar dek lakonan menjilat Mahathir secara berlebih-lebihan mengatakan pihak PPK 1MDB tertinggal perkataan 'SPRM'.


"Kenyataan dikeluarkan pasukan petugas khas itu semalam, yang bertajuk 'Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan penahanan Datuk Seri Najib Razak', sepatutnya bertajuk 'Pasukan Petugas Khas 1MDB mengesahkan SPRM menahan Datuk Seri Najib Razak'."

Bagaimana isu besar seperti ini boleh dipandang ringan? Apakah berkali-kali rakyat akan diperbodohkan? Atau bahasa penyokongan PHakatan, 'jangan Ahmad Maslan boleh?"

Pada sebelah malamnya pula, aplikasi Whats App dilihat banyak membincangkan isu ini. Iyalah, ia dikatakan kes berprofil tinggi. Tambahan pula ia melibatkan nama-nama besar seperti Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Muhamad Abdullah (ketuai peguambela Najib) dan Tommy Thomas (PHeguam Negara).

Rata-rata masyarakat baik muda tua, cerdik pandai, kaya miskin mahupun selekeh dan profesional fokus membincangkan isu ini. Bahkan ia menjadi tajuk utama dada-dada akhbar tempatan.

Alangkah pelik sekiranya Perdana Menteri tertua didunia Tun Mahathir yang pernah memecat Timbalannya Anwar Ibrahim mengatakan tidak tahu berhubung berita sensasi ini.

Hari yang ditunggu sudah tiba...

Perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta mula dibanjiri penyokong Najib. Bilangan ini tidaklah seramai penyokong Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. Namun kedua-dua penyokong menuntut perkara sama iaitu kedaulatan undang-undang - The rule of law. Seseorang itu tidak bersalah selagi tidak didapati bersalah.


Sementara penyokong PHakatan barangkali ada rasa sedikit kecewa apabila gagal meratah tubuh Najib yang menyarung 'Baju Lokap SPRM' berwarna oren. Sebaliknya beliau kelihatan segak sambil tersenyum manis dan tenang.

"Can we have this in English, please?" menjadi ayat sensasi pertama.


Bagi penulis, ini bukanlah isu besar. Penulis berpengalaman mengikuti perbicaraan kes membabitkan Anwar Ibrahim dan ia sememangnya dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Ia bukan saja memudahkan wartawan antarabangsa tetapi memudahkan penggunaan terma tertentu dalam 'Bahasa Perundangan'. Ibarat kita biasa sebut 'plug' tetapi bila disebut palam pencucuh ia mungkin akan mengundang pelbagai tafsiran masyarakat dunia. Perlu diingat, kes Najib ini begitu sensasi sehingga menjadi tontonan dunia.

Namun yang demikian, janganlah menuduh penulis sebagai menidakkan Bahasa Kebangsaan kerana perjuangan penulis masih kekal ABATA - Agama, Bangsa dan Tanahair.

Dalam masa sama penulis tidak bersetuju dengan tindakan Tommy Thomas yang 'lari' bila berdepan dengan penyokong Najib apabila mereka mahukan PHeguam Negara tersebut bertutur dalam Bahasa Melayu. Apalah salah sekiranya seorang PHeguam Negara bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dikhalayak ramai? Shafee boleh kenapa tidak Tommy?

Daripada 10 pertuduhan tinggal 4. Daripada RM4juta ikat jamin, jadi RM1juta. Ia mungkin proses biasa tapi hati penulis berat mengatakan kemungkinan kredibiliti hakim akan dipersoal penyokong PHakatan.

Isu besar yang boleh disimpulkan pada hari pendakwaan Najib ialah berhubung penangguhan kes yang dibuat oleh pendakwaraya - Tommy Thomas.

Jika dulu Anwar terkenal diseluruh dunia dengan gelaran OKT paling banyak tangguh perbicaraan. Namun hari ini sebaliknya berlaku. Pihak pendakwaraya pula yang mahu menangguhkan kes.

Sehinggakan peguambela Shafee menyindir PHeguam Negara - Ingatkan kamu dakwa hari ini maka kamu sudah bersedia.

Itulah gelagat barisan peguam pendakwaraya yang diketuai PHeguam Negara Tommy Thomas.

Jelas bahawa Najib sebenarnya tidak sabar-sabar untuk berdepan dalam mengharungi kes ini. Beliau mahu kes yang dihadapinya dapat berlangsung secepat mungkin. Daripada raut wajahnya jelas terpampang 'aku tak bersalah' dan mahu segera membersihkan namanya.

*Bertahun-tahun tuduh Najib pencuri duit 1MDB tapi yang dibawa ke mahkamah SRC.

*Hari-hari kata Najib curi RM2.6bilion tapi yang dibawa ke mahkamah RM42juta.

*Sekian lama main isu 1MDB tapi barisan PHeguam Negara tidak bersedia.

3 comments:

  1. kalakalaka dari atok nak mampos..

    kah kah kah

    barang rampasan 1 billion lebih mahal dari barang kes 42 jota...

    lawak apakan ini...?

    kah kah kah... kalau. atok buat lawak kami pakat pakat nak gelak nih...

    kah kah kah kah kah nyawa atok tunggu nak diragut malaikay maut bole buat lakalaka lagi...

    kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Kote semua dah tak tegang tu yg merapu sakan

    ReplyDelete
  3. knp semenjak madey memerintah ni polis n jpj sering buat roadblock? sehingga tempat yg tak masuk akal pun mrk buat..

    ReplyDelete