Sedari awal lagi sudah nampak usaha untuk menjadikan negara huru-hara dengan rusuhan. Mungkin ada yang impikan kejadian rusuhan tahun 1998 kembali berulang pada tahun ini 2018.
Bila Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang tumbang, sudah ada kenyataan pemimpin politik yang menyebar berita kononnya Najib akan menggunakan Majlis Keselamatan Negara. Kononnya Najib mahu tentera ambil alih pemerintahan kerajaan, isytihar darurat dan sebagainya.
Hakikat menyedari bahawa ia hanyalah persepsi dan fitnah semata-mata. Najib adalah pemimpin yang berkiblatkan Kaabah, Al Quran sebagai panduan dan Islam agamanya. Beliau pemimpin yang berlapang dada. Menerima Qada' dan Qadar, tidak mampu dinafikan sesiapa.
Najib sendiri menasihati penyokong dan ahli parti UMNO Barisan Nasional supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya pada hari kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14. Sebaliknya penyokong KERAjaan yang bertindak seperti kera di Putrajaya. Berhimpun dan berarak beramai-ramai dijalanraya - perangai sama ketika bergelar pembangkang.
Malaysia Baru bukan saja bererti bertukarnya pemerintahan negara. Tetapi menyaksikan tiadanya himpunan jalanraya bagi memprotes keputusan undi sepertimana berlaku pada pilihanraya sebelumnya. Sampai ada yang menganggap, orang UMNO BN ini tak ada perasaan ke?
Bukan begitu.
Najib, UMNO dan BN jelas berlapang dada, menerima keputusan pilihanraya. Seperti yang penulis katakan tadi, inilah indahnya bila kita menjadikan ajaran Islam sebagai pegangan utama. Kita penganut ajaran Islam percaya bahawa percaturan Allah adalah yang terbaik.
Kali kedua, misi untuk mencetuskan rusuhan dalam negara berlaku pada hari pertama Najib dibawa ke mahkamah.
Dalam pengamatan penulis, suasana ini berbeza dengan apa yang berlaku terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sedia maklum, Anwar sememangnya hebat dalam menjayakan gerakan rakyat. Lantas itu setiap kali hari perbicaraan, pintu masuk mahkamah dikawal ketat. Para penyokong tidak dibenarkan masuk.
Sebaliknya apa yang berlaku pada 4 Julai 2018, pintu mahkamah dibiarkan terbuka. Membolehkan penyokong Najib memasuki lobi mahkamah. Ini menunjukkan seperti ada usaha untuk membuatkan penyokong Najib merusuh.
Di mana tumpahnya kuah kalau bukan di nasi... Barangkali sudah dipimpin dengan baik oleh Najib, para penyokongnya kelihatan waras dan tenang. Setakat melaungkan 'Hidup Najib' dan 'Hidup Melayu' adalah perkara biasa. Semua tahu UMNO adalah parti keramat orang Melayu.
Menjadi persoalan utama ialah kenapa barisan PHeguam Negara Tommy Thomas mengadakan sidang media di kawasan yang dikerumi penyokong Najib? Adakah ini boleh dikatakan sebagai provokasi terancang?
No comments:
Post a Comment