Pentadbiran PM dua kali Mahathir seolah-olah terlupa bahawa sekarang adalah tahun 2018, bukan era 70an yang tidak ada media sosial.
Kalau dulu bolehlah sorok semua perkara. Tapi hari ini, siaran berita dan informasi bergerak setiap saat. Bagai malaikat maut mencabut nyawa manusia, tidak lambat atau cepat walau sesaat.
Dua hari lepas PH menang PRU14, PM dua kali Mahathir umum senarai Majlis Penasihat Kerajaan PH.
Mereka adalah Daim Zainuddin, Zeti Akhtar Aziz, Hassan Merican, Robert Kuok dan Jomo Kwame Sundaram. Sekretariat pula ialah Muhammad Abdul Khalid, manakala A Kadir Jasin sebagai Ketua Media dan Komunikasi.
Pada awal Jun 2018, Kadir Jasin yang juga anak murid Daim Zainudin (anak didik Mahathir) telah menulis dalam blognya pasal perbelanjaan YDP Agong.
Media melaporkan ada tiga laporan polis (penulis percaya lebih) dibuat terhadap Kadir - Kelantan, Selangor dan Lembah Klang.
Hasil siasatan? Penulis tiada akses. Barangkali lepas atau tiada kes atau mungkin juga Kadir sudah dikenakan tindakan denda atau penjara. Penulis tak tahu perkembangan kes tersebut.
Apa yang pasti Kadir mestilah 'bersih'. Jika tidak mana mungkin beliau akan dilantik sebagai penasihat media Perdana Menteri Mahathir?
Lim Guan Eng pun boleh jadi Menteri Kewangan... Apa salahnya bawa masuk orang Mahathir (lantikan politik) ke dalam pejabat Perdana Menteri? #MalaysiaBaru ma... haram jadi halal. Ingat satu perkataan, NEVER SAY NO TO MAHATHIR!
Hello Kadir Jasin, welcome to the house.
No comments:
Post a Comment