AdSense

Thursday, July 19, 2018

Hutang negara sebab 1MDB? Zahid berjaya tutup mulut MP kerajaan PH


KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong diganggu oleh Ahli Parlimen Jelutong, R Sanisvara Nethaji Rayer.


Sanisvara cuba membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan mendakwa hutang kerajaan berpunca daripada Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan Ahli Parlimen itu tidak berhenti begitu saja, malah turut mengganggu Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri yang menyokong Ahmad Zahid berhubung ucapan berkaitan hutang kerajaan.


Bekas Timbalan Perdana Menteri itu, menjelaskan bahawa hutang negara berada diparas baik ketika ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan seperti yang didakwa oleh kerajaan sekarang.

Bagaimanapun pihak kerajaan berterusan menyerang pembangkang, namun Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, tidak melatah sebaliknya meneruskan ucapan dengan tenang.

Ucapan yang disampaikan oleh beliau mengenai hutang negara, termasuk beberapa saham syarikat dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jatuh, membuatkan pihak kerajaan membisu kerana ia berbeza dengan dakwaan yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. -MediaUMNO

Video : https://youtu.be/eH1T7QI-6vM

No comments:

Post a Comment