AdSense

Thursday, July 19, 2018

'Budak boy' - Maksud sebenar Annuar Musa kepada Syed Saddiq


18 JULAI: “Kalau gagap dan gugup nak jawab, itu mula-mula..insyaallah you will get better soon,” demikian teguran Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selain itu Annuar turut mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq yang juga ahli Parlimen Muar di atas pelantikannya sebagai menteri pada usia 25 tahun.


“Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada Menteri Belia dan Sukan, ahli Parlimen Muar yang kebetulannya ‘budak boy’. Istilah budak boy ini sesiapa yang belajar di RMC tak kira tua atau muda.


“Sebelum saya kemukakan soalan tambahan, saya juga syukur kerana sewaktu saya jadi Menteri Belia dan Sukan, ketika itu umur saya 33 tahun. Muar 25 tahun, kita kena ucapkan tahniah, syabas kita ada anak muda dalam dewan ini. Kalau gagap dan gugup nak jawab itu, (hanya) mula-mula..insyaallah you will get better soon,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum mengajukan soalan tambahan kepada Syed Saddiq pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, Rabu.

Nasihat tersebut diutarakan Annuar kepada Syed Saddiq yang kelihatan gugup ketika menjawab soalan daripada ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Terdahulu Saddiq ketika menjawab soalan Mohd Shahar mengenai migrasi belia luar bandar ke bandar memuji inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini di dalam meningkatkan taraf hidup belia di luar bandar.

Justeru itu katanya, inisiatif-inisiatif tersebut akan diteruskan dan ditambah baik memandangkan ianya diakui memberikan impak yang besar dan positif sebelum ini.

“Migrasi belia daripada luar bandar ke bandar bukanlah perkara yang luar biasa. Ia sudah berlaku sebelum ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain. Sekurang-kurangnya satu dari dua belia yang tinggal di kawasan luar bandar akan migrasi ke bandar.

“Di bawah KBS ada beberapa program dan inisiatif yang baik yang pernah dipraktikkan sebelum ini yang akan diteruskan dan akan ditambah baik. Sebagai contoh program outreach usahawan belia yang dikhususkan kepada belia luar bandar yang telahpun memberikan impak yang agak positif dan berjaya mencipta lebih 840 belia usahawan yang berjaya.

“Pada masa yang sama pemerkasaan TVET yang telah mencipta berpuluh-ribu belia luar bandar yang berjaya,” katanya. – AIDIL SYUKRI

Sumber https://www.bnpportal.com/annuar-tegur-syed-saddiq-cara-menjawab/

No comments:

Post a Comment