Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), P. Waytha Moorthy mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran, di Bangunan Parlimen semalam, 17 Julai 2018.
Timbul sedikit kontroversi apabila gambar yang dirakamkan oleh Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa tular di media sosial.
Netizen melahirkan rasa takut apabila melihat kelibat satu 'lembaga' di dalam Dewan tersebut. Siap bawa bekas silver.
Rupa-rupanya lembaga itu adalah individu yang dibawa sendiri oleh Waytha. Kelihatan seperti tok guru sami. Masyarakat Hindu pasti tahu.
Namun keadaan yang tidak pernah dilihat netizen seperti itu tetap menjadi bualan hangat. Ada yang mempersoalkan tujuan sebenar membawa individu tersebut dalam upacara rasmi negara. Waytha pasti ada jawapannya. Tinggal lagi ia diterima masyarakat ataupun tidak. Samada ia satu keperluan atau sebaliknya.
Kejadian ini tetap akan dikenang sampai bila-bila. Tidak mustahil, tok-tok guru agama lain pasti akan mengikut jejak langkah Waytha. Dewan Rakyat untuk rakyat bukan. Tidak menjadi kesalahan pun. Nak bawa isteri seperti Lim Guan Eng membawa masuk isterinya sampai ke tempat persidangan Parlimen juga tak salah.
Lebih membanggakan penyokong Pakatan Harapan, Waytha diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial.
Tidak pasti dimana rasional kerajaan PH mencadangkan nama pemimpin Hindraf ini sebagai Ketua Perpaduan negara.
Hakikat menyedari, sejak sekian lama Hindraf diharamkan. Pemimpin PH seperti Syed Hamid seharusnya tampil kedepan menjawab kekeliruan ini. Kami sebagai rakyat tidak mahu melihat pemimpin PH pro Mahathir bertelagah dengan pemimpin Hindraf yang kini Ketua Perpaduan Malaysia.
Jika paparan Wikipedia tidak benar, mohon pihak berkenaan padamkannya dan sunting semula.
*Bila nak lantik Menteri yang menjaga hal ehwal dan kebajikan LGBT di Malaysia?
No comments:
Post a Comment