AdSense

Wednesday, May 2, 2018

Pilih YB yang bukan setakat jaguh kampung tapi...


Musim pilihanraya ini adalah masa yang paling sesuai untuk memilih pemimpin. Pemimpin yang macam mana kita inginkan?

Pemimpin yang hanya hebat dalam kawasan tapi tenggelam bila dibawa keluar? Ibarat seekor harimau yang kuat ngaumannya dalam jajahan sendiri tapi mati dibaham bila melepasi garisan jajahannya.


Jika anda sebagai pengundi bijak, sudah tentulah anda mahukan kawasan anda menjadi lebih hebat. Bukan sekadar syok sendiri.

Di Ketereh, Kelantan misalnya, kawasan ini biarpun jauh daripada kesibukan kota tapi ia tidak terlepas daripada pembangunan. Ekonomi setempat bertambah baik sementara kebajikan masyarakat terus dibela.

Belum lagi bercakap pasal pemimpinnya. Siapa tidak kenal Tan Sri Annuar Musa. Pemimpin yang cukup berpengaruh dan dihormati masyarakat setempat. Bukan saja dalam kawasan, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO ini cukup digeruni lawan diperingkat nasional.

Kelantangan beliau menyerang Lim Kit Siang dan DAP yang beragendakan Malaysian Malaysia ditentang hebat. Keberanian beliau melawan Mahathir si diktator tidak boleh dinafikan.

Keterbukaan beliau menghulurkan tangan bersama PAS demi kepentingan ummah bukan lagi perkara tersembunyi.

Dalam masa sama, perjuangan beliau untuk masyarakat dalam kawasannya tidak pernah diabaikan walaupun untuk seketika.


Kalau masuk Dewan Rakyat, Ahli Parlimen pembangkang boleh diam seribu bahasa mendengar suara garau beliau. Tak perlu menjerit pun, ahli parlimen pembangkang sudak merasa gentar dengan Annuar.

"Tiada guna memilih pemimpin jaguh kampung yang tidak membawa suara adik kakak ke tempat yang sepatutnya. Pelbagai isu telah saya ketengahkan di Parlimen, seperti Infrastruktur Negeri Kelantan, isu Undang-undang syariah dan juga Sekolah Banggul Saman.

"Tiada isu terlalu kecil dan tiada isu terlalu besar bagi saya demi OPT. Itu adalah amanah rakyat kepada pemimpin yang dipilih. Berpegang kepada prinsip berkenaan, suara OPT dijamin akan berkumandang di Parlimen tanpa gentar kerana hak rakyat sentiasa didahulukan.

"Ayuh kita #HebatkanKetereh #bersamaBN supaya rakyat terus aktif berperanan bersama kerajaan. #HebatkanNegaraku "

Demikian mesej ringkas tapi padat Annuar buat pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab pada 9 Mei 2018 tidak lama lagi.


No comments:

Post a Comment