Dalam politik macam-macam boleh berlaku.
Ibarat kata dalam setandan pisang tak semuanya elok. Ada yang berlubang dimakan tupai.
Begitu juga dengan keluarga big bos PAS, allahyarham Nik Aziz. Anaknya Nik Abdul Aziz bersekongkol dengan Pakatan Pro DAP.
Tindakan yang salah pernah dilakukan allahyarham semasa PRU13 dulu.
Kempen beriya, lepas dapat kuasa PAS dilayan bagai haiwan yang hina.
Namun bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa, itulah lumrah dalam politik yang disifatkan sebagai penuh warna warni.
Lagipun Nik Abdul bukannya keluar Islam. Hanya menconteng arang pada parti ayahnya sendiri.
Adik beliau Nik Abduh dalam pada itu sempat memberikan mesej pada Nik Abdul. Katanya, ibu mereka akan berkempen untuk PAS!
Terlintas difikiran penulis apa yang berlaku kepada keluarga Azmin Ali. Semasa PRU13, keluarga ini mencetuskan kontroversi apabila berlakunya pergaduhan antara Azmin dan adik beradiknya.
Umi Hafilda dan Azwan Alif menyifatkan Azmin sebagai anak derhaka kerana jarang balik ke rumah.
Begitu juga dengan keluarga Mahathir. Marina dan cucu yang terlalu barat memeningkan kepala pemimpin diktator 22 tahun itu.
Mahathir yang kini berusia 93 tahun tiada cara lain selain mendakap anaknya. Walaupun dibelakang anaknya mengibarkan bendera LGBT.
Inilah lumrah dalam politik.
Siapa yang tak sayang anak. Penulis faham perasaan Mahathiir yang beriya mahu mengangkat anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri. Namun apa boleh buat andai akar umbi parti tidak
memilih beliau?
Sebab itu Mahathir tidak ada cara lain apabila terpaksa bersekongkol dengan Pakatan Pro DAP - Tindakan yang pernah dilakukan PAS sebelum ini. Hari ini PAS akui Pakatan Pro DAP
bukanlah pakatan yang bagus dibuat kawan.
#BarisanProRakyat VS #PakatanProDAP
#PRU14 #GE14
No comments:
Post a Comment