AdSense

Tuesday, April 24, 2018

#PRU14 : Rampas Selangor. MCA tarik orang Cina kembali sokong Barisan Nasional


Sudah dua penggal atau 10 tahun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan). Namun masih ada janji yang dilafazkan mereka tidak ditunaikan. Bahkan isu-isu lain pula berbangkit seperti isu air, sampah dan skandal-skandal membabitkan intergriti kerajaan negeri.

Tiba masa Selangor bertukar pemerintahan negeri. Rakyat pastinya sudah bosan dengan amalan pemimpin Pakatan Harapan yang gemar bermain politik sejak dahulu. Kata orang cakap tak serupa bikin. Janji itu ini tapi bila dapat mandat semuanya menyepi. Pandai berdolak dalih.


Ramai pihak yang merasakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali gagal dalam banyak perkara lebih-lebih lagi selepas Langkah Kajang yang dianjurkan bertujuan menggulingkan Khalid Ibrahim.


Sementara Barisan Nasional pastinya bersungguh-sungguh mahu merampas semula Selangor daripada Pakatan Harapan. Tidak lain tidak bukan hanyalah demi rakyat yang sudah 10 tahun ditindas, dizalimi dan dinafikan hak mereka.

Kalau lihat pada sudut pecahan kaum, orang Melayu sudah nampak penyatuan mereka. Tambahan pula UMNO-PAS dilihat semakin akrab menjelang PRU14 kali ini. Manakala kaum Cina dan India juga menampakkan perubahan positif apabila semakin ramai kembali kepada Barisan Nasional.

Bagi pihak parti komponen BN, MCA, Selangor merupakan negeri yang harus dimenangi. Keyakinan itu dilahirkan sendiri Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.


Bagi Liow yang juga Pengerusi MCA Selangor semua calon yang dibawakan oleh BN dilihat memiliki peluang yang cerah di Selangor.

MCA juga menyatakan iltizam dan tekad untuk memenangkan kerusi yang dipertandingkan khususnya membawa pulang undi masyarakat Cina kepada BN.


"Kalau dulu kita tak cari ahli, sekarang kita cari ahli. Kita tengok ahli MCA juga dah ramai. Ada peningkatan sebanyak 30 peratus lagi bilangan pengundi kita kerana kita mencari mereka.

"Mereka jadi ahli MCA tetapi jika kita tidak mendekati, mereka tidak akan balik mengundi. Kali ini kita akan tarik balik semua ahli MCA dan mendapatkan sokongan pertubuhan Cina untuk menyokong MCA dan BN, ...jadi kita lebih yakin kerana persediaan kita lebih baik."


Calon muda DUN Sekinchan, Lee Yee Yuan. Seorang arkitek, ayah dia veteran MCA. Akan lawan Ng Sue Lim yang suka berpolitik sepanjang masa.
Oleh yang demikian, pengundi di Selangor perlu memberi peluang kepada BN supaya kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan dapat selari supaya projek pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih cepat.


Ini kerana, apabila pentadbiran negeri diserahkan kepada parti pembangkang, rakyat yang akan rugi kerana pembangunan di negeri itu tidak dapat diselaraskan dan akhirnya terbantut berbanding di negeri lain.

#StrongerTogether

No comments:

Post a Comment