AdSense

Tuesday, April 24, 2018

16 pembelot kerja untuk Pakatan Pro DAP. Misi haramkan UMNO.


Masih ada yang berbunyi pasal parti keramat UMNO. Sayang betul mereka pada UMNO walaupun sedang menyarung uniform DAP.

Beriya benar mereka mendesak pihak berwajib mengharamkan UMNO. Takut untuk berdepan parti keramat ini pada PRU14 barangkali.


Mungkin juga puak pembelot dan pengkhianat ini merasakan zaman ini adalah pemerintahan Mahathir.

Menjawab persoalan ini, Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa ada jawapannya.

1. Kumpulan 16 yang membawa isu status UMNO ke mahkamah sebenarnya telah diketahui bukan lagi ahli UMNO pada prinsipnya.

2. Mereka telah lama menjadi pembelot dan adalah aktivis pembangkang.

3. Cuma sistem semakan keahlian UMNO belum memutihkan senarai keahliannya, kerana ia memakan masa.

4. Tindakan mereka memudahkan sedikit ibu pejabat UMNO bertindak, dan pemecatan mereka bererti mereka tidak lagi mempunyai wibawa dan locus standi untuk mencampuri urusan UMNO.

5. Proses ini akan membersihkan parti daripada segala gunting dalam lipatan, sekali gus menjadikan parti bertambah kuat.

6. Sebagai sebuah parti yang besar dan berwibawa, UMNO mesti hanya dianggotai oleh ahli ahli yang setia, jujur dan komited.

7. Mana-mana ahli yang gagal membuktikan kesetiaan kepada parti, termasuk mensabotaj parti dengan apa jua tindakan sekalipun mesti dihadapkan dengan tindakan paling tegas mengikut segala peraturan sedia ada.

Apa yang jelas di sini ialah, pemimpin UMNO tidaklah bodoh dan memandang ringan berhubung status parti.

Tambahan pula peristiwa UMNO diharamkan pada 4 Februari 1988 menjadi panduan dan rujukan. Sedia maklum pada ketika itu timbul peristiwa UMNO baru dan UMNO lama. Zaman bermulanya diktator Mahathir ambil alih kepimpinan parti. Zaman dimana berlakunya perpecahan besar dalam parti. Iyalah semua maklum bahawa Mahathir cukup suka bergaduh dengan semua orang. Sampaikan raja dan istana pun dia ajak bergaduh.

Jauh berbeza dengan kepimpinan parti hari ini dibawah Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih terbuka.

Buat macai Mahathir yang kini bersekongkol dengan DAP move on lah. Pergi semak dan teliti parti PPBM dan Pakatan Harapan yang caca marba tu.

#tolakpakatanpru14 #pakatanprodap #pru14 #bersamabn #dahulukanrakyat #hebatkannegaraku #barisanprorakyat 

No comments:

Post a Comment