20 April 2018, tulisan penulis pro DAP M Noor Haslam disiarkan dalam lidah rasmi pencacai DAP, Amanah Daily bertajuk : PAS ambil alih kerja UMNO, Hadi sudah setaraf Annuar Musa.
Nampaknya puak Amanah selaku pencacai DAP begitu terkesan dengan kebangkitan Melayu UMNO-PAS berhubung isu membabitkan ummah dalam negara.
Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diputar belitkan. Kononnya Hadi menakut-nakutkan orang Melayu dengan DAP.
Walhal itulah realitinya. Bak kata pemimpin diktator 22 tahun Mahathir Mohamad, "Orang Melayu yang bercakap soal Melayu dikatakan rasis".
Hadi, sebelum ini Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa banyak kali menyerang dasar dan perjuangan DAP yang juga dikenali sebagai adik kepada PAP Singapura.
Kritikan Annuar yang berterusan membangkitkan soal prinsip parti DAP yakni Malaysian Malaysia ternyata tidak menyenangkan diktator 50 tahun Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.
Dinasti Lim DAP tiada cara lain, barangkali terpaksa memperalatkan penulis seperti M Noor Haslam untuk menepis kritikan Annuar dan Hadi.
"Lihat sahaja kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam tulisannya baru-baru ini mendakwa beliau ‘tercium’ usaha DAP mahu merobek Perlembagaan Persekutuan; merendahkan kedudukan Islam dan melemahkan Institusi Raja-Raja Melayu."
Demikian petikan tulisan pencacai DAP.
Apakah salah apa yang diperkatakan Hadi? Beliau dan PAS pernah bersekongkol dengan DAP. Selama duduk sebumbung sehingga berjaya memenangi banyak kawasan semasa PRU13 lalu, PAS pastinya tahu kisah luar dalam DAP.
Kini DAP menjadikan PAN dan PPBM sebagai kuda tunggangan baharu.
Berjayakah kuda baru ini menggerakkan jentera seperti yang dilakukan PAS pada PRU13 dulu?
Mampukah PAN dan PPBM yang terkenal dengan kronisme dan golongan kaya raya itu menawan hati pengundi Melayu khususnya di luar bandar?
Dalam masa sama, dapatkan pengundi Melayu melupakan kata-kata Presiden PAN Mat Sabu yang pernah menggelarkan Mahathir sebagai BAPAK PELINGKUP NEGARA?
Bolehkah pengundi Melayu melupakan kata-kata Mahathir yang pernah mengatakan DAP itu parti perkauman dan Lim Kit Siang itu seorang rasis?
#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP vs #BarisanProRakyat
Baca artikel ini :
http://suaralensa.blogspot.my/2017/03/fakta-realiti-lim-kit-siang-dap.html
No comments:
Post a Comment