PADA zaman sekarang pendidikan sangat penting untuk menunjang masa depan yang lebih baik. Pendidikan dapat mengembangkan generasi ke generasi seterusnya.
Pendidikan bukan hanya terbatas di sekolah sahaja, tetapi pendidikan di luar sekolah turut diperlukan seperti kursus, kurikulum dan perkhemahan.
Dalam hal ini, kita harus mengetahui apa yang diminati dan bakat yang di miliki oleh anak-anak.
Kebanyakan orang tua atau penjaga akan memberikan pelajaran tambahan atau pelajaran yang tidak dikuasai oleh anaknya, malahan harus mengetahui minat anak itu.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, pepatah ini yang BN jadikan pendidikan teras utama dalam manifestonya.
Ia agar generasi pemangkin Transformasi Nasional (TN50) mendapat minda kelas pertama dan setaraf dengan negara maju.
BN menaikkan taraf sekolah yang daif di pendalaman supaya sekolah tidak ketinggalan dalam arus pemodenan mengikut arus zaman.
Manifesto BN tidak ketinggalan membina dan menambah kapasiti asrama untuk pelajar luar bandar.
Kerajaan BN memperuntukkan RM12 juta untuk program pendidikan khas masyarakat luar bandar untuk 615,000 peserta.
BN memperkukuhkan sistem pendidikan pelbagai aliran termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) untuk menaiktarafkan prasarana, bilik darjah, bilik guru khusus di sekolah untuk anak-anak tentera.
Untuk pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, yang mendapat sekurang-kurangnya 9+ dan berjaya mendapat tawaran Universiti Oxford serta Cambridge atau 10 universiti terkemuka di dunia, Kerajaan BN akan menaja sehingga 80 peratus daripada jumlah kos pengajian itu.
Bukan itu sahaja, pelajar yang melanjutkan ke pengajian tinggi, BN mempedulikan pelajar itu, dan antara insentifnya :
- Tawaran dipanjangkan kepada pelajar SPM 2015 dan 2016 yang ditaja oleh JPA di peringkat persediaan.
- Bagi pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya A- dalam semua mata pelajaran SPM 2017 akan ditaja di peringkat persediaan dalam bentuk dermasiswa sebanyak RM6,340 seorang setahun.
- Menubuhkan Universiti Al-Quran agar lebih ramai graduan huffaz yang mempunyai pelbagai kepakaran.
- Melengkapkan sekolah Tahfiz dengan sistem latihan kemahiran Giat MARA.
- Meningkatkan peratusan pengambilan bukan Bumiputera ke dalam universiti awam di Malaysia.
Inilah kerajaan BN yang prihatin setiap kehendak rakyat yang mahukan pendidikan setaraf di dunia.
Agenda ini yang menakutkan pihak pembangkang kerana manifestonya kurang tertumpu kepada kebajikan pendidikan.
Kupasan Amin Adnan
Pautan :
https://www.facebook.com/tkcikgu/posts/573359319699209
No comments:
Post a Comment