Mungkin bagi sesetengah pemimpin pembangkang menyifatkan manifesto bukanlah janji. Makna kata setelah mendapat mandat, mereka tidak semestinya akan menunaikan apa yang ada dalam manifesto sebelum pilihanraya.
Namun bagi kerajaan pemerintah Barisan Nasional, setiap yang terkandung di dalam manifesto mereka pasti akan ditunaikan. Ini bukan cakap kosong. Track record BN mentadbir negara selama ini sudah cukup membuktikan bahawa parti BN tidak suka menipu rakyat dengan menabur janji palsu.
Pada 7 April lalu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Manifesto BN untuk PRU14. Penulis ada menyiarkan artikel bertajuk "Manifesto BN buat pakatan tercengang #HebatkanNegaraku "
Sudah baca? Kalau belum klik pada pautan ini :
http://suaralensa.blogspot.my/2018/04/manifesto-bn-buat-pakatan-tercengang.html
Manakala Ketua Publisiti dan Penerangan BN merangkap Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa pula menyifatkan manifesto BN itu sebagai 'manifesto for all' (manifesto untuk semua).
Pautan : http://suaralensa.blogspot.my/2018/04/manifesto-bn-adalah-manifesto-for-all.html
Terbukti manifesto BN ini benar-benar holistik dan dibuat dengan penuh penelitian.
Tidak cukup dengan itu, parti komponen BN iaitu MCA turut menawarkan 10 janji dan 10 inisiatif untuk kaum kedua terbesar dalam negara. Berikut merupakan janji-janji MCA.
10 Janji
- Mempertahankan kesederhanaan mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
- Memastikan semak dan imbang disamping amalan semak serta imbangan dalam kerajaan berbilang bangsa.
- Pendayaupayaan Belia dan Wanita. Sejajar hasrat kerajaan TN50. MCA bertekad mahu melahirkan belia berkemahiran.
- Meningkatkan Kualiti Pendidikan Cina mamui sinil UEC, SJKC.
- Memacu pendidikan bertaraf dunia dengan menggalakkan R&D menerusi UTAR, Kolej Universiti TAR san institusi VTAR.
- Memanfaatkan inisiatif satu jajaran dan satu jalan dengan meluaskan peluang perniagaan serta komuniti ekonomi ASEAN.
- Ekonomi digital dan inovasi disamping dapat meningkat perniagaan tradisi Perusahaan PKS.
- Lonjakan dalam perniagaan dan kewangan dengan janji mewujudkan Bank Kolerasi KOJADI.
- Kampung baru diurbanisasi dengan menggalakkan e-dagang pertanian moden dan pelancongan eko budaya.
- Penjagaan kesihatan mudah capai dengan menjadikan Hospital UTAR sebagai institusi penjagaan kesihatan.
10 Inisiatif
- Unit pemantauan pusat yang mana akan mewujudkan satu unit atau Biro Pemantauan Pusat untuk memantau pelaksanaan dasar.
- Konektiviti Global dan Serantau melalui MBRACE untuk mengukuhkan rangkaian perniagaan PKS dengan negara China.
- Mewujudkan majlis ekonomi digital dan inovasi dengan menggalakkan inovasi e-dagang dan revolusi digital.
- Pengajian tinggk bertaraf dunia dengan menggalakkan UTAR sebagai universiti swasta terkemuka.
- Membangunkan generasi akan datang dengan menaiktaraf Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman menjadi universiti Teknikal.
- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai sebuah institut untuk meningkatkan kemahiran bakat-bakat muda.
- Penjanaan kekayaan untuk PKS dan golongan berpendapatan rendah dan pertengahan dengan memperkenalkan skim pelaburan mengikut cara Amanah Saham Nasional.
- Kampung baru diurbanisasikan berdasarkan model Bentong dan Yong Peng.
- Melindungi kebajikan wanita, kanak-kanak dan warga emas.
- Perkhidmatan Jangkauan Berterusan untuk Masyarakat .
Untuk makluman, pada 8 April 2018 baru-baru ini, MCA telah mengumumkan tiga teras utama dalam manifesto PRU14 yang menjadi tunjang 10 janji dan 10 inisiatif dalam pelbagai bidang untuk
kepentingan masyarakat Cina.Menurut Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, tiga teras utama itu merangkumi hab pendidikan global, pemerkasaan belia dan kesejahteraan sosioekonomi.
Nah! Apa lagi? Pastikan undi DAP beralih kepada BN pilihanraya kali ini!
#StrongerTogether
No comments:
Post a Comment