Teruja sekali bila membaca, meneliti dan mengekori perjalanan politik parti DAP. Objektif dan strategi yang disusun bagi menjayakan agenda Malaysian Malaysia.
Sedia maklum, 28 April ini adalah Hari Penamaan Calon PRU14. Manakala Hari Mengundi ditetapkan pada 9 Mei 2018. Bagaimanakah strategi DAP bagi menghadapi PRU14 setakat ini?
DAP sudahpun masuk ke kemuncak strategi apabila mengumumkan mahu menggunakan logo PKR, menggantikan Roket pada 6 April 2018.
Seperti diketahui umum, DAP dan sekutu dalam Pakatan Harapan menjadikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan parti lawan Barisan Nasional (BN) sebagai alat untuk memalingkan tumpuan masyarakat. Kononnya ROS dan BN menindas parti mereka.
Pada 7 April, Setiausaha Agung DAP yang juga anak kepada diktator parti Lim Kit Siang iaitu Lim Guan Eng cuba meraih simpati awal apabila mengatakan undi mereka akan terjejas apabila menggunakan logo PKR pada PRU14 nanti.
Sedangkan umum mengetahui bahawa DAP sudah mempunyai penyokong solid mereka. DAP sudah mengunci kemas orang Cina. Totok DAP yang majoriti orang Cina ini tidak akan sesekali berpaling tadah kepada dinasti Lim. Beritahulah isu banglo bawah harga pasaran atau skandal terowong dasar laut, totok DAP ini tetap mendewakan Tokong tanpa gagal.
Penulis tertarik dengan pandangan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang ada menyebut, DAP gunakan kayu untuk menumbangkan kayu.
Penjelasan ayat, seseorang itu akan memegang hulu kapak untuk menebang pokok.
Inilah yang sedang dilakukan DAP apabila mempergunakan PAS (kapak) semasa PRU13 lalu bagi meraih sokongan orang Melayu (pokok). Kini kapak sudah digantikan dengan yang baharu iaitu PAN dan PPBM bagi melemahkan UMNO. Ia sekaligus memecahbelahkan politik Melayu.
Berbalik semula kepada penggunaan logo untuk PRU14, DAP nampaknya sedang mengikut strategi mereka dengan baik. Apa yang dirancang atas kertas berjalan lancar setakat ini.
Roket sengaja disembunyikan bagi mengaburi mata masyarakat khususnya orang Melayu yang cukup pantang dengan lambang ini. Bak kata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Mahathir pada tahun 2013 di Shah Alam, DAP adalah parti perkauman dan Lim Kit Siang adalah seorang rasis.
Sejak berpuluh tahun lalu masyarakat menyedari dan mengenali siapa DAP. Sebab itu kalau dibawa masuk lambang Roket ke kampung-kampung, tak sampai 10 minit sudah balik. Tak boleh masuk, tak boleh diterima!
Justeru itu dengan menyorok Roket dan menggunakan logo PKR, DAP sudah memasang angan-angan untuk mengaburi mata pengundi khususnya orang Melayu yang mendominasi kawasan luarbandar.
Jentera parti juga mudah memasuki kawasan-kawasan yang mereka tak boleh masuk ketika guna Roket sebelum ini. Inilah strategi kemuncak DAP untuk mendapatkan kuasa. Bukan calang-calang strategi. Berkemungkinan ia dirangka dari Singapura.
DAP kini sudah boleh berpeluk tubuh dan mengusap-usap kepala PKR, PAN dan PPBM.
Tiada lagi pertembungan BN, PAS dan DAP. Sebaliknya pertembungan antara BN, PAS dan PKR. Peluang untuk DAP mendapatkan undi orang Melayu nampaknya lebih mudah apabila dikaburi dengan logo PKR.
#PRU14 #TolakPakatanProDAP #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku
No comments:
Post a Comment