Biarpun penamaan calon akan berlaku pada 28 April ini, tapi nama Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong sudahpun diumumkan sebagai calon di kawasan Ayer Hitam. Mukanya juga sudah siap dicetak dan ditampal pada bahan-bahan kempen DAP. Beria benar DAP untuk merampas Ayer Hitam daripada Barisan Nasional.
Inilah perangai pemimpin pembangkang yang cukup gemar berpindah randah. Selepas mendapat mandat di satu-satu kawasan, mereka akan melompat ke kawasan lain pula. Dengan cara ini, pengundi tak dapat untuk menghukum mereka bersandarkan kepada track record.
Contoh di Kluang. Chin Tong gagal membawa perubahan, kemajuan dan segala yang dijanjikan pada PRU13. Belum sempat pengundi menghukum Chin Tong pada PRU14, beliau sudahpun terbang ke kawasan lain. Cara pasti sama. Menjanjikan bulan dan bintang tapi selepas dapat mandat, beliau akan berpindah randah. Tidak mustahil andai beliau dapat mandat di Ayer Hitam, 5 tahun akan datang PRU15 beliau pasti terbang ke kawasan lain pula. Maka pengundi Ayer Hitam akan menerima nasib sama seperti di Kluang, gagal untuk menghukum pemimpin yang gagal.
Belum sampai lagi tarikh 28 April, masyarakat nampaknya tidak sesekali memberi kepercayaan kepada Ching Tong dan DAP untuk merampas Ayer Hitam.
"Buat apa Chin Tong nak datang sini? Tak payah datanglah. Dia datang pun sebab tanah di sana (Kluang) sudah rosak. Nak datang Ayer Hitam sebab tanah di sini subur."
Demikian kata seorang warga emas, Abdullah Surip, 62 tahun ketika ditemui di Kampung Semerik, Parit Raja, Johor.
Sedia maklum, Ayer Hitam ditadbir oleh Barisan Nasional menerusi kepimpinan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sejak 3 penggal yang lalu. Selama memerintah, Ayer Hitam terus maju, membangun dan berjaya, Inilah track record yang dinilai pengundi. Sebab itu Ka Siong dapat mengekalkan mandatnya sejak tahun 2004.
Andai pembaca berkesempatan ke kawasan Ayer Hitam, singgahlah mana-mana kedai kopi dan bertanyakan kepada penduduk bagaimana pentadbiran Barisan Nasional. Walaupun Wee Ka Siong memakai baju MCA, adakah masyarakat Melayu dan lain-lain diabaikan?
Untuk makluman, selama 5 tahun kebelakang, Barisan Nasional pimpinan Ka Siong telah berjaya membawa kemajuan serta kejayaan di kawasan ini. Segala janji yang dibuat pada PRU13 sudah ditunaikan dengan baik.
"Kini telah genap lima tahun sejak saya diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Ayer Hitam untuk kali ketiga. Dari rakyat saya diberi mandat, kepada rakyat juga saya harus dikembalikan untuk penilaian." - Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam yang juga Timbalan Presiden MCA dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Antara kejayaan yang dibawa Barisan Nasional di Ayer Hitam :
- Klinik Kesihatan Yong Peng bernilai RM17 juta, mula beroperasi pada 2017. Juga dilengkapi dengan pelbagai peralatan perubatan dan pakar kesihatan.
- Memandangkan kawasan Ayer Hitam berada agak jauh daripada Batu Pahat dan Kluang (30km), Yong Peng (20km), maka sebuah balai bomba baharu dibina bagi memudahkan operasi menyelamat jika berlaku kebakaran dan kecemasan.
- Pembangunan ekonomi digital - ke arah mempergiatkan pembangunan ekonomi tempatan supaya dapat menjana pendapatan tambahan kepada rakyat serta mengurangkan beban mereka.
- Sejak aplikasi telefon Johor Online dilancarkan, sudah banyak aktiviti dianjurkan. Lebih banyak lagi projek berteraskan ekonomi digital bakal dilaksanakan bertujuan mewujudkan lebih ramai usahawan digital di masa hadapan.
- Sistem pendidikan di Ayer Hitam terus diperkasakan dengan pembinaan sebuah sekolah menengah baharu yang menelan kos sebanyak RM32 juta, Pembukaan SMK Suria Perdana pada tahun 2013 melegakan penduduk setempat yang sekian lama mengimpikan sebuah sekolah menengah baharu di kawasan mereka. Dalam masa 5 tahun lepas, 4 buah sekolah agama telah dibina.
- Manakala sebuah lagi sekolah agama diberi peruntukkan untuk penambahbaikan - menambah blok bangunan.
- BN Ayer Hitam turut merancang dan melaksanakan 7 projek pembinaan Balai Islam dan Balai Raya baharu di sini. Selain daripada 31 dewan terbuka sedia ada, 7 projek pembinaan dewan terbuka turut diluluskan dan bakal dibina untuk kemudahan penduduk setempat.
- Pelbagai projek menaiktaraf jalanraya, tiang lampu dan kemudahan dalam kampung juga dilaksanakan.
Ini baru sebahagian track record Barisan Nasional di Ayer Hitam. Track record yang pastinya tiada di Kluang bawah pentadbiran Ching Tong.
Pemerintahan yang elok wajar dikekalkan. Usahlah menggadai masa depan Ayer Hitam dengan memilih pemimpin yang gagal dan sekadar mahu mendapatkan kuasa semata-mata. Lepas dapat mandat, mereka akan berpindah pula ke kawasan lain supaya pengundi tidak dapat menghukum mereka. Inilah yang sedang dilakukan oleh Chin Tong.
#BersamaBN #DahulukanRakyat #StrongerTogether #AyerHitamkuHebat
Artikel berkaitan :
Saya anak jantan. Bukan jenis lari kawasan. - Wee Ka Siong
http://suaralensa.blogspot.my/2018/04/saya-anak-jantan-bukan-jenis-lari.html
JEMPUT TONTON :
No comments:
Post a Comment