AdSense

Saturday, February 25, 2017

Maklumat terkini projek KVDT


Apa itu projek KVDT?

Ia adalah projek menaiktaraf infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang atau Klang Valley Double Track Project (KVDT).

Setakat ini, projek berkenaan sudah mencapai 28 peratus dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung 2019.


Untuk makluman pembaca, projek KVDT telahpun bermula sejak pertengahan tahun lalu membabitkan landasan sejauh 42 kilometer antara jajaran Rawang - Salak Selatan dan Sentul - Simpang Batu.

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Sah, projek berkenaan membabitkan kerja-kerja naiktaraf 16 stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM), sistem isyarat, elektrik dan pemasangan sistem radio metra.

Walaupun ada ketika berlaku kelewatan atas beberapa faktor antaranya cuaca dan teknikal namun pihaknya yakin projek tersebut akan siap mengikut jadual sepertimana yang dipertanggungjawabkan kepada kontraktor Dayamaju Infrastructure Asia Sdn Bhd (DMIA).

Tambah Azharuddin, kira-kira 100 ribu penumpang menggunakan perkhidmatan tren setiap hari pada ketika ini. Pihaknya turut mensasarkan peningkatan jumlah penumpang sehingga lima peratus setiap tahun.

Walaupun projek sedang berjalan namun perkhidmatan pada waktu puncak tidak terjejas, iaitu setiap 15 minit. Tetapi perkhidmatan ketika bukan waktu puncak akan terjejas sedikit dengan projek ini.

Sehubungan itu para penumpang diminta bersabar kerana menjelang 2019, perkhidmatan akan menjadi bertambah baik - Jauh lebih baik.

Bila sebut bab harga, kos untuk projek KVDT ini ialah sebanyak RM1.4 bilion. Penulis yakin ada segelintir pihak sedang/telahpun menyusun strategi untuk menggagalkan usaha baik ini. Paling tidak pun mereka akan melemahkan perlaksanaan projek dan memberikan tanggapan salah terhadap projek KVDT.

Pihak yang memiliki kepentingan politik seperti ini tidak pernah berputus asa. Mereka akan sentiasa berusaha bagi menjayakan misi jahatnya.

Biasalah, ini merupakan agenda jahat segelintir pihak yang tidak akan senyap. Pasti ada tuduhan-tuduhan berbaur fitnah dan persepsi buruk tidak lama lagi. Suara Lensa pula akan sedaya upaya menyiarkan maklumat-maklumat tepat dan berfakta untuk rujukan pembaca.

Pada 20 Februari baru-baru ini KTM Berhad telah menutup platfom 1 dan 2 di Stesen Kuala Lumpur dan Stesen KL Sentral bagi perlaksanaan projek tersebut.

Namun setelah membuat tinjauan dan pemerhatian semalam, bagi menambahbaik keperluan operasi, pihak KTMB mengambil langkah pro aktif dengan membuka semula platfom 2 di Stesen Kuala Lumpur bagi memastikan operasi perkhidmatan tren lebih lancar.

Berikut jadual perjalanan Komuter dan ETS untuk rujukan pembaca dan penumpang :



#TerimaFaktaTolakFitnah
#KVDT

No comments:

Post a Comment