Simbolik perasmian Festival Perarakan Chingay 2017 dengan mengetuk gendang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam semalam di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru.
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim di pentas utama pada pukul 9 malam itu diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, Duta Besar China Dr. Huang Huikang, Konsul Jeneral Singapura ke Johor Rajpal Singh, Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong dan Presiden Persatuan Tionghua Johor Datuk Seri Tey Kim Chai.
Festival Perarakan Chingay 2017 ini merupakan penganjuran buat kali ke 147.
Sejam jam 5 petang, para pengunjung termasuk pelancong asing mula membanjiri pusat bandar raya bagi menyaksikan perarakan berkenaan. Untuk makluman pembaca, festival ini juga merupakan antara acara tahunan dalam kalender pelancongan negeri Johor.
Perarakan membabitkan beberapa patung tokong dan kereta berhias berarak sejauh 10 kilometer bermula dari Kuil Kuno di Jalan Trus hingga Kuil Xing Hong di Jalan Ulu Air Molek.
Orang ramai juga dihiburkan dengan pelbagai tarian tradisional dan kebudayaan masyarakat Cina, Melayu dan India.
Perayaan seperti ini tidak dapat dijalankan sekiranya negara berada dalam keadaan kucar-kacir. Kita sebagai warganegara sewajarnya bersyukur dengan keamanan yang dinikmati serta meneruskan semangat bersatu-padu antara satu sama lain.
Foto : myMetro dan FB Wee Ka Siong
No comments:
Post a Comment