USD7 bilion atau lebih RM30 bilion adalah nilai pelaburan antara Saudi Aramco yang akan bekerjasama dengan Petronas untuk memaju dan mengendalikan kilang penapis minyak di Pengerang, Johor Bahru.
Hari ini juga, sebanyak tujuh syarikat daripada Malaysia dan Arab Saudi menandatangani MoU yang bernilai RM9.74 bilion.
Foto : BH |
Totok pakatan kelu lidah tentang isu RM2.6 bilion. Mereka tergamam kenapa begitu banyak pelaburan datang ke Malaysia? Nilai yang tidak terduga oleh mereka.
Ditambah lagi dengan swafoto ceria Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Raja Salman sambil kepsyen 'hubungan yang akrab'.
Mungkin kepala-kepala pakatan sedang menyusun strategi untuk memburuk-burukkan Malaysia dan Najib. Mungkin mereka sedang menyorok ketika ini akibat malu dengan agenda politik 2.6bilion yang dikokokkan selama ini.
Namun bagi orang yang matang dan waras seperti Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, angka-angka pelaburan yang besar oleh Arab Saudi merupakan bukti bahawa Malaysia adalah negara yang baik untuk melabur.
Hari ini melihat kan kedatangan Raja Arab Saudi ke negara kita untuk lawatan persahabatan dan pelaburan.
Untuk makluman pembaca, Raja Salam bukan datang sendirian tetapi turut membawa bersama 600 delegasi dan 200 ahli perniagaan. Di sini pun sudah cukup jelas betapa seriusnya Arab Saudi menjalin hubungan erat dengan Malaysia.
Kata Liow, MCA menyambut baik kedatangan Raja Arab Saudi ke negara ini. Dalam masa sama lawatan ini dilihat memperkukuhkan hubungan kedua-dua buah negara selain memantapkan jalinan perdagangan.
melihat kpd pelaburan yg begitu besar di buat oleh arab dan sblm ini oleh china ia seolah2 kembali kpd zaman kegemilangan kerajaan melayu melaka dan berhati2 lah dgn si kitol zaman moden..
ReplyDelete