AdSense

Wednesday, January 18, 2017

Kerajaan bersalah kerana beri bas percuma, MRT


"Ramai pemandu teksi sekitar Kuala Lumpur mengambil keputusan berhenti kerana tidak mampu menampung kos operasi disebabkan terpaksa bersaing dengan perkhidmatan bas percuma."


Petikan daripada portal berita Free Malaysia Today bertarikh 16 Januari 2017 di atas pasti mengundang persoalan dikalangan masyarakat waras - SALAH KERAJAAN JUGA KE?

Semua salah kerajaan Barisan Nasional (BN), semua salah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), semua salah Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar, semua salah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semua salah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, semua salah bla...bla...bla...

Mudah saja, semuanya salah orang lain.

“Nak salahkan siapa? Bukan sahaja bas percuma Go-KL, tetapi kini juga sudah ada perkhidmatan MRT dan bas perantara MRT percuma selama sebulan.

“Bukan sahaja terpaksa bersaing dengan kenderaan Uber dan Grab, tetapi terpaksa bersaing dengan lambakan perkhidmatan awam yang disediakan. Kerajaan dah cantas, kita nak buat macam mana.”

Antara petikan sesi temuramah FMT dengan seorang pemandu teksi di sekitar KL Sentral.

Sebenarnya, budaya menyalahkan orang lain ini sudah lama meresapi masyarakat Malaysia. Ia dijadikan alasan mudah untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Bukankah teksi juga tergolong dalam industri pengangkutan awam?

Sudah banyak kali diperkatakan, para pemandu teksi perlu memperbaiki perkhidmatan mereka sendiri. Lihat kelemahan diri sendiri baik cara berpakaian, adab, kejujuran dan kebersihan.

Malaysia semakin maju jadi idea kreatif juga perlu seiring dengan keadaan semasa. Ramai juga pemandu teksi yang boleh mencari rezeki ketika ini. Pasti ada sebab kenapa mereka masih diperlukan penumpang.

Mereka juga 'makan nasi' sama seperti anda.

Jika mereka boleh, kenapa tidak anda? Kalau setiap masa memikirkan cara untuk menuding jari kepada pihak lain, sampai bila pun kita akan berada di takuk lama.

Berubahlah dan tingkatkan usaha.... Berlapang dada dan percayalah, rezeki itu luas.


Cuba baca ARTIKEL ini :

Pemandu teksi perlu ubah sikap sebelum tuding jari pada orang lain
Perang teksi-Uber : Pengguna beri isyarat 

No comments:

Post a Comment