AdSense

Tuesday, December 20, 2016

Siapa 'make money', DAP atau BN?


Satu lebuhraya dengan hanya jarak 5 kilometer dikatakan bernilai sehingga RM819,000? Atau dalam perkiraan RM162, 000 untuk satu kilometer!


Inilah yang berlaku di Pulau Pinang hari ini berhubung pembinaan Lebuhraya Jalan Lim Chong Yew - Bandar Baru Ayer Hitam.


Andai ia negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN), sudah tentu Rafizi telahpun mencapai kalkulator dan menyiapkan 'laporan matematiknya' seterusnya menggerakkan berita persepsi berbaur fitnah.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa kerajaan DAP di Pulau Pinang ketika ini sedang rancak buat duit (make money) dengan pelbagai kegiatan.

Isu banglo, pemilikan tanah di Taman Manggis atau menghalau peniaga kecil bukanlah satu isu besar sebagaimana aktiviti menambak laut dan seumpamanya.


(Rafizi atau Tony Pua kekal membisu berhubung isu ini dan langsung tidak memandang 'kalkulator' di sebelahnya)

Senario ini amat berbeza dengan kerajaan pemerintahan BN. Lihat sahaja semalam dan kelmarin, Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan direalisasikan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikannya.


Pada 15 Disember lalu, Najib merasmikan MRT Fasa 1 Sungai Buloh - Kajang (SBK) untuk perjalanan Sungai Buloh - Semantan. Ia adalah pelengkap kepada pengangkutan awam negara. MRT juga merupakan sistem dan perkhidmatan yang jauh lebih efisien, moden, dan liputan rangkaian yang lebih berkesan.


Kejayaan ini sekaligus memberi tekanan kepada parti-parti pembangkang yang tidak sering berasa iri hati terhadap kerajaan.

Tidak cukup dengan itu, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengharapkan perkhidmatan tren di Lembah Klang itu dapat ditingkatkan kepada setiap 90 saat!


Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan pemerintahan BN begitu menekankan soal kualiti, keselesaan dan kesejahteraan buat rakyat.

Bukannya membuat sesuatu projek untuk 'make money' semata-mata dan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Apa yang pasti, kerajaan BN dilihat akan terus komited menunaikan janji-janji mereka pada PRU13 lepas.

Sementara pakatan pembangkang masih seronok bermain politik, sibuk memikirkan kepentingan parti masing-masing dan sedang berebut kerusi sesama sendiri untuk PRU14 akan datang.

No comments:

Post a Comment