AdSense

Monday, March 17, 2025

2 tahun 4 bulan jadi kerajaan : Bila PH nak pinda perlembagaan hadkan tempoh PM 2 penggal?


Sehari dua ni media banyak melaporkan atau membuat liputan berkenaan Pemilihan Parti DAP - pilihan raya dalam parti DAP untuk memilih Ahli Majlis Tertinggi (CEC) mereka. Anthony Loke dan kemnya menang bergaya. 


Menurut catatan Lim Sian See, Komposisi bangsa bagi Pemilihan DAP tahun 2025 adalah seperti berikut;


TOP 10

Cina: 9 orang (90%)

India: 1 orang (10%)

Melayu: tiada (0%)


TOP 20

Cina: 18 orang (90%)

India: 1 orang (5%)

Melayu: 1 orang (5%)


TOP 30 (CEC - Ahli Majlis Tertinggi)

Cina: 24 orang (80%)

India: 4 orang (13.3%)

Melayu: 2 orang (6.7%)


SUMBER FB LIM SIAN SEE


Ini ke maksud parti pelbagai kaum atau multiracial bagi DAP? 


Ketepikan tentang Dinasti Lim yang diketepikan. Teresa Kok dan Rayer Jelutong yang kalah.


Tapi kita tumpukan laporan media berkenaan kenyataan "orang yang sama hanya boleh pegang jawatan PM untuk tempoh 2 penggal, atau 10 tahun je"


Kononnya selama 10 tahun tu seseorang PM tidak boleh 'merosakkan' negara atau rompak wang rakyat.


Wahai rakyat Malaysia sidang pembaca yang bijaksana, korang rasa 10 tahun tu tempoh masa yang lama atau sekejap?


Korang ingat tak isu pembelian saham syarikat membabitkan kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion? Korang ingat tak isu saham RM40 juta? Korang try search google 'kes farhash wafa salvador'


Itu yang pertama. Yang kedua, korang rasa janji politican dari PH ni boleh percaya ke?


Ingat tak dulu, semasa jadi pembangkang, PH terutama DAP cukup tak suka orang yang sama pegang dua jawatan iaitu PM dan Menteri Kewangan.


Ini kata Hannah Yeoh (sekarang dia Menteri Belia dan Sukan)


The Prime Minister cannot be the Finance Minister. The Prime Minister position should be limited to 2 terms.


There should be laws to decentralise and limit the powers of the Prime Minister. One single person should not have absolute power!


Like our reforms? Vote for Pakatan Harapan!


Sumber FB Democratic Action Party


Tapi lepas berkuasa, Anwar dari PH pegang dua jawatan tersebut. Dialah PM, dialah Menteri Kewangan.


SUMBER PEJABAT PERDANA MENTERI



Dulu Mat Sabu buat lawak "Najib tanya Najib".


Sekarang harap Mat Sabu buat lawak sama dengan sedikit suntingan;


Perdana Menteri, Anwar.

Menteri Kewangan, Anwar.

Pergi jumpa Menteri Kewangan, Anwar.

Anwar kata sat, nak jumpa PM, Anwar.

Selepas Anwar bincang sama Anwar, akhirnya Anwar beri kelulusan kepada Anwar.


Anwar jadi PM pada 24 November 2022. Hari ini sudah bulan Mac 2025. Jadi sudah 2 tahun 4 bulan Anwar jadi PM, mengepalai kerajaan Madani yang dikuasai PH, DAP parti terbesar.




Selama 2 tahun 4 bulan ini, tak kedengaran pula ura-ura kata Anwar nak lepaskan jawatan Menteri Kewangan. Janji nak turunkan harga minyak pun tinggal janji. Hapus hutang PTPTN, beri pendidikan percuma juga sunyi sepi.


DULU ADAM ADLI SELAKU PEMIMPIN MAHASISWA MENGETUAI BANYAK HIMPUNAN DAN PROTES JALAN RAYA. HARI INI 17 MAC 2025, ADAM ADLI MERUPAKAN KETUA AMK PARTI PKR DAN JUGA TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN. PRESIDEN PARTINYA PKR ADALAH PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-10. DAN PARA PELAJAR MASIH KENA BAYAR PTPTN, TIADA PENDIDIKAN PERCUMA SEPERTI YANG DIJANJI.

Korang masih yakin dan percaya ke janji dan kata-kata pemimpin PH?


*Dah jadi kerajaan dah weh, kau bentang je usul ke Parlimen, pinda perlembagaan untuk hadkan tempoh PM. Atau buat ketetapan bahawa orang sama tak boleh pegang jawatan PM dan Menteri Kewangan.


Kau dah ada kuasa, apahal nak berkokok kat luar? Just do it.


 

No comments:

Post a Comment