Suara Lensa mengikuti secara dekat perkembangan isu semasa berkenaan kuil, masjid dan Jakel yang hangat diperkatakan ketika ini.
Secara umumnya, daripada pembacaan penulis, tapak kuil tersebut dikatakan milik Jakel dan pengasas Jakel mahu membina masjid di kawasan itu.
Katanya telah berlangsung perbincangan selama 10 tahun tetapi gagal mencapai hasil atau keputusan.
Netizen berang, menyifatkan Jakel selaku pemilik tanah terlalu berlembut.
Di sebelah pihak penyokong kuil pula, mereka mendakwa rumah ibadat mereka telah berusia ratusan tahun.
Ada peguam yang menyifatkan pihak DBKL adalah pihak yang bertanggungjawab atas kemelut isu ini, kerana didakwa tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan jual-beli tanah tersebut.
Penulis tertarik dengan Ulasan Apek Cina yang disiarkan di FB nya hari ini. Kata Apek yang juga arif selok belok undang-undang;
Pandangan & Cadangan
1. Bina apa-apa jua pun di tanah orang lain adalah salah disisi undang-undang.
2. Bagi saya, tak kira tokong Buddha, Masjid, Gereja atau Kuil, kalau bina secara haram, ia tidak boleh menjadi HAK sekadar sifat keagamaan-nya.
3. Bagi tempat ibadah yang telah lama bina di atas tanah orang lain secara haram, saya ada dua pandangan :
3.1 Sekiranya diiktiraf of Jabatan Warisan Negara sebagai Bangunan Warisan, maka kerajaan harus ambilalih tanah tersebut melalui “ Akta Pengambilan Tanah 1960”
3.2 Sekiranya tidak diiktiraf sebagai Bangunan Warisan, walaupun sudah lama, ianya tidak cukup signifikasi Sejarah bagi seluruh Malaysia untuk dikekalkan, maka ia tidak harus dihalalkam.
4. Sekiranya ia bukan bangunan warisan, saya cadangkan:
4.1 Pengendali tempat ibadah itu boleh memohon sokongan masyarakat untuk menderma dan memindah atau membelikan tanah itu
4.2 Sekiranya masyarakat enggan atau kurang dana, maka memindahkan barangan bernilai, dan berkerjasama dengan pemilik tanah untuk merobohkan bangunan haram tersebut.
5. Saya tidak menghormati mereka yang mengunakan nama Agama untuk melanggar undang-undang, apa jua agama pun.
5.1 Ada yang guna nama Islam untuk melempang orang bukan Islam yang makan sewaktu puasa( melanggar undang2) , itu saya tidak hormati
5.2 Ada yang guna nama Hindu/Buddha/Tao untuk bina tempat ibadah di Tanah bukan miliki sendiri(melanggar undang2), itu pun saya tidak hormati
Kita kena adil dan kosistent.
Orang apa agama pun, Kalau dia buat salah, negara dan rakyat Malaysia patut menghukum dia.
Sumber
Manakala seorang lagi peguam, Dr. Shamsher Singh Thind secara tanpa berselindung mencadangkan kuil tersebut dipindahkan ke pejabat MIC. Kata beliau;
Satu MP Kerajaan Madani kata kuil dipindah dari tempat lain ke tanah sekarang pada tahun 2008, dan satu lagi MP Kerajaan Madani pula kata kuil tak dipindah tapi cuma sebahagian daripada struktur kuil dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan.
Lagi dia explain, lagi teruk jadinya. Fakta pun dah tak betul. Macam mana nak convince orang lain?
Walau apa pun, MIC sepatutnya dah lama bantu kuil berusia 130 tahun ini mendapatkan tanah yang kekal. Kan masa itu tanah milik DBKL, kenapa tak bagi sahaja kepada kuil tersebut? Dan sudah 10 tahun Jakel, selepas membeli tanah tersebut daripada DBKL, sedang berunding dengan pihak kuil tersebut untuk memindahnya ke tempat lain. Kenapa tak selesai juga? Sekarang baru nak kalut?
P.S. Memandangkan MIC sudah tidak relevan lagi, jadi saya cadangkan bagi saja HQ MIC di Jalan Rahmat kepada kuil tersebut. Tanah yang luas saya percaya cukup untuk membina semula kuil yang besar. Selesai masalah!

Pemimpin muda lantang Dr Akmal Saleh yang juga Pemuda UMNO pula kata;
Tanah milik DBKL nak jual kena beritahu pada orang yang menumpang atas tanah DBKL sendiri???
Kalau kata dah ada disitu selama 130 tahun,kenapa tiada langsung pihak pengurusan kuil datang berjumpa dengan DBKL menyatakan hasrat untuk membeli atau menyewa tanah tersebut???
Ini tuan tanah yang dipersalahkan apabila nak jual tanah mereka sendiri,patut orang yang menumpang atas tanah lah yang tanya tuan tanah nak jual ke apa
Kita ni negara yang ada undang2,jadi jangan kita pusing sana pusing sini,bawa ke mahkamah dan selesaikan secara adil di mahkamah
Negara ada undang2 maka hormatilah undang-undang tersebut
Fullstop!
Sumber
Isu ini masih hangat dan orang ramai khususnya pengguna media sosial diingatkan supaya melontarkan komen dengan bijak. Elakkan komen berbaur 3R dan jangan jadikan isu ini sebagai alat memecah-belahkan keharmonian kaum dan agama.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kini "bola" ditangan kerajaan Perpaduan untuk selesaikan dan Suara Lensa yakin ia dapat diselesaikan secara baik - win win situation.
Suara Lensa
24 Mac 2025

No comments:
Post a Comment