AdSense

Friday, April 22, 2016

Pemuda UMNO desak TNB bantu ringankan beban pengguna


DESAKAN KEPADA TNB BERI REBAT KHAS EL-NINO

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) prihatin tentang keperitan rakyat yang melalui fenomena El-Nino atau pemanasan suhu permukaan laut yang melanda sekarang ini sehingga mengakibatkan sebilangan sekolah ditutup di negeri-negeri Utara Semenanjung ekoran cuaca panas yang melampau.


Sudah pastinya juga rakyat akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada biasa bagi peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas mahupun peti sejuk. Sehubungan dengan itu, PPUM mendesak agar Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan rebat khas bersifat "one-off" bagi setiap bulan sepanjang fenomena El-Nino ini bagi mengurangkan beban rakyat.

PPUM beranggapan ini adalah adil kerana pihak TNB tidak sepatutnya melihat kantung korporat semata-mata dengan keuntungan berlebihan ekoran kepanasan terik yang dideritai rakyat. Malahan sebarang cadangan penjimatan penggunaan tenaga tidak sesuai kerana masakan rakyat dapat berjimat menggunakan elektrik apabila keperluan itu sudah terdesak.

PPUM juga mendesak TNB untuk segera menghalusi formula dan kaedah rebat khas ini bagi kepentingan rakyat jelata.

Khairul Azwan Harun ​​​
22hb April 2016

No comments:

Post a Comment