AdSense

Friday, March 25, 2016

Sampaikan roti pun McDonald's titikberatkan!


Sekali lagi ditegaskan bahawa, soal pemakanan adalah sesuatu perkara yang tidak boleh dipandang remeh.

Acap kali Suara Lensa mengeluarkan artikel berkaitan penyediaan makanan bersih dan halal terutamanya yang dipasarkan oleh restoran terkemuka McDonald's Malaysia.


BACA DI SINI DAN DI SINI

Jika sebelum ini Suara Lensa menyentuh tentang penyediaan bahan mentah seperti daging dan ayam, penulisan kali ini pula akan memperincikan secara jelas kepada pembaca tentang pembuatan roti yang dikeluarkan oleh pembekal McDonald's Malaysia iaitu, MacFood dan Aryzta Malaysia.

Pegawai Jawatankuasa Halal Dalaman Aryzta Malaysia Sdn Bhd, Sabariah Saamah memberitahu, setiap bekalan asas di McDonald's  adalah DIWAJIBKAN memiliki sijil sah halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ia bukan sahaja halal tetapi juga perlulah memenuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan.


Berhubung bahan asas yang terdapat di seluruh restoran McDonald's Malaysia seperti roti turut tidak terkecuali dalam garis panduan penyediaan makanan yang ditetapkan.

Roti yang sinonim dengan hidangan burger ini dibuat sepenuhnya oleh mesin yang dikawal rapi akan tahap kebersihannya.

Sabariah menegaskan bahawa, McDonald's Malaysia sememangnya cukup peka dan begitu memandang serius terhadap apa jua perkara melibatkan kebersihan dan tahap kualiti yang sentiasa dititikberatkan.

Untuk makluman pembaca, Aryzta merupakan pihak bertanggungjawab terhadap proses pembakaran roti yang sentiasa mengikut piawaian atau garis yang ditetapkan.

Maka tidak hairanlah sekiranya para pelanggan dapat merasai kelembutan roti yang dihidangkan bersama burger di restoran McDonald's Malaysia sentiasa berada dalam tahap kualiti yang memuaskan.

i'm lovin' it

1 comment:

  1. tk habis2 dgn mc dee hang. Mc dee bayar gaji kat hang kot....

    ReplyDelete