AdSense

Thursday, November 12, 2015

WAJIB TAHU - Usaha SPAD dalam pembangunan industri teksi


Teksi... Dapat kita saksikan sendiri bagaimana industri ini sedang melangkah maju kehadapan saban hari - selari dengan peredaran semasa.

Industri teksi di Malaysia sememangnya mendapat perhatian serius oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi membangun serta meningkatkan taraf perkhidmatannya.

Jika kita menoleh sedikit ke belakang pada tahun 2012, SPAD melaksanakan program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) manakala tahun berikutnya iaitu 2013 pula, program Teksi 1Malaysia (TEKS1M) dijalankan. Ini merupakan antara usaha SPAD ke arah penambahbaikan industri teksi dalam negara.


Untuk makluman pembaca, kekuatan pada kejayaan yang diraih ini juga didorong oleh sikap terbuka SPAD apabila dilihat sentiasa mengadakan sesi dialog, perbincangan termasuk bermesyuarat bersama persatuan-persatuan, pengendali serta pihak yang berkepentingan di dalam industri teksi.


Pada bulan Oktober dan November tahun ini sahaja sebanyak 5 kali sesi pertemuan diadakan melibatkan sejumlah 250 pihak yang berkepentingan di dalam industri teksi Malaysia.

Setiap lontaran pendapat dan cetusan idea dirangkumkan bersama seterusnya mencari jalan penyelesaian terhadap segala kekurangan atau permasalahan melibatkan industri teksi. Bukan sahaja mensasarkan penambahbaikan industri teksi semata-mata tetapi soal keperluan pemandu teksi dan para penumpang turut ditekankan.

Sehubungan dengan itu, SPAD ketika ini sedang meneliti dan memperincikan segala cadangan yang dikemukakan dalam sesi pertemuan tersebut. SPAD memberi jaminan bahawa jalan penyelesaian akan dicapai dalam masa terdekat bagi menangani isu yang diketengahkan.


Anda juga perlu tahu bahawa ketika ini SPAD sedang berusaha menyelaraskan perkhidmatan teksi dengan melakukan perubahan-perubahan yang akan memberi manfaat buat pemandu teksi, pengendali dan para penumpang!

Selain itu, untuk pengetahuan pembaca, SPAD turut bercadang melakukan perubahan-perubahan penting termasuk mengusulkan pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Ia mencakupi semakan terhadap aspek-aspek kawalselia secara menyeluruh dan mengenal pasti model perniagaan terbaik untuk industri teksi.

Kelihatan SPAD sememangnya berkerja keras dan bertungkus lumus bagi mencapai objektif ke arah pembangunan serta meningkatkan taraf perkhidmatan industri teksi di Malaysia!

No comments:

Post a Comment