AdSense
Friday, November 13, 2015
Dah 2 minggu... Apa benar JAKIM akan dibubarkan?
Baru-baru ini kenalan saya ada hubungi pihak Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk bertanyakan tentang 1 perkara. - Untuk dapatkan sedikit bahan bagi tujuan rujukan awam.
Malangnya, panggilan itu di 'pass-pass' kepada 2 - 3 pegawai / kakitangan. Tidak tahu menjawab atau tiada 'boss' bertugas atau ini sememangnya tabiat orang yang kerja kerajaan? Akhirnya, perkara yang dibawa tidak dapat diselesaikan... Terlalu banyak protokol yang perlu dihadapi.
Nasib baik kenalan saya itu beragama Islam... Tidaklah terasa sangat dengan layanan yang tidak dilayan itu. Tetapi bagaimanapula jika pemanggil itu dikalangan orang bukan Islam? Pada peringkat seawal ini pun kita sudah gagal untuk menarik minat orang bukan Islam untuk mencintai Islam.
Ada tepat juga kata anak bekas TPM Tun Dr Ismail Abdul Rahman iaitu Tawfik Ismail yang mencadangkan pembubaran JAKIM.
Kita ada istana, termasuk di negeri-negeri bukan... Jika tidak bubar pun, mungkin lebih elok jika diperkecilkan atau perkukuhkan jabatan agama negeri. Memantapkan dakwah Islam sebenar... Meramaikan pendakwah-pendakwah yang berada dilapangan untuk mendidik masyarakat Islam. 'Touch the people, baby'.
Isu orang Islam murtad semakin berleluasa, namun agensi yang gah seperti JAKIM seolah-olah menutup sebelah mata. Pendedahan daripada satu kajian oleh Paderi di Sabah berkaitan kehidupan orang Melayu murtad seperti ditolak tepi. Apa sudah jadi? Gerakan evengelis semakin rancak dalam agenda kristianisasi umat Islam! Sedang memurtadkan dan mengkristiankan orang Islam seramai mungkin! Ia sudah lama berlaku dan sedang berlaku, di depan mata!
Belum lagi sentuh pasal Syiah... ajaran sesat... keruntuhan akhlak generasi muda...kemunduran ekonomi orang Islam...
Kita seakan memandang dengan rela hati... Kita sudah dewasa, matang dan memiliki iman yang kuat. Bagaimana dengan anak cucu pada generasi akan datang? Come on, buka sejarah.... Kuasa besar Islam seperti empayar Uthmaniyah di Turki, Kesultanan Melaka di Tanah Melayu... Apa kita hendak hapuskan sejarah ini? Masih selesa dengan kehidupan yang ada pada hari ini tanpa memikirkan soal ancaman yang sedang berlaku?
Cadangan Tawfik yang hidup pada zaman 'menteri mabuk wiski'... Betul-betul orang mabuk, bercakap merepek tetapi kadangkala ada juga terlepas cakap perkara yang benar.
Ada yang kata, ah! mentang-mentanglah JAKIM 'dicipta' oleh Mahathir... semua yang berkaitan Mahathir hendak diasingkan... Ini pandangan politik sempit. Mahathir sekarang sudah selesa dengan dunianya. Bebas terbang dan bebas hinggap dimana-mana sarang, baik dalam mahupun luarnegeri.
Tiada masalah jika rakyat mahu bubar Jakim, kata Dr Mahathir. - Tulis rangkaian berita paling digemari oleh golongan evangelis, The Malaysian Insider.
Sekarang kita berdepan soal akidah umat Islam, apa peranan JAKIM? Hari ini sudah 2 minggu berlalu dan laman web JAKIM masih dalam keadaan sedang diselenggara. Apakah ini satu mesej / isyarat pembubaran?
Bagi saya JAKIM tak perlu dibubarkan... Cukup dengan penambahbaikan untuk memantapkan badan itu. Jika hendak bubar pun tiada masalah tetapi dalam masa sama kita juga perlu ada kekuatan organisasi memelihara kesucian Islam! Bukankah Agama Islam merupakan Agama Persekutuan di Malaysia? Fikirkan cara perkuat ummah, bukan lagi perkuat sesetengah pihak sepertimana yang berlaku lebih 20 tahun lepas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment