Hari ini kaum Hindu menyambut perayaan Deepavali di seluruh negara. Inilah suasana yang sukar didapati dimana-mana negara melainkan bumi bertuah Malaysia.
Perayaan sebegini tidak mungkin dapat disambut sekiranya kita berada dalam keadaan negara bergolak atau peperangan. Suasana aman, harmoni dan makmur dalam masyarakat berbilang agama dan bangsa ini hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya sempena Hari Deepavali menggesa rakyat Malaysia supaya terus memupuk semangat perpaduan yang terjalin sejak sekian lama ini.
Masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama ini perlu memupuk rasa kasih sayang bersama dengan lebih kukuh. Semua maklum bahawa Malaysia menjadi sebuah negara hebat dengan adanya jalinan perpaduan yang menyatukan kita.
Dalam pada kita menerima apa jua perbezaan pendapat dan sebagainya, kita juga menolak sebarang bentuk perpecahan yang cuba meruntuhkan ikatan perpaduan.
"Penting bagi kita untuk terus bersatu dan mengukuhkan keharmonian yang dinikmati di Malaysia hari ini. Sama-sama kita mengeratkan hubungan dengan lebih rapat lagi pada hari istimewa ini. Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya."
Selain itu, Liow yang juga Menteri Pengangkutan turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika dalam perjalanan sempena musim perayaan ini.
No comments:
Post a Comment