AdSense

Tuesday, November 10, 2015

Kerajaan negeri Pahang arah henti aktiviti haram bauksit


"Kerajaan negeri akan mengarahkan pengusaha bauksit secara haram supaya memberhentikan aktiviti tersebut. Kerajaan negeri memandang serius isu pencemaran yang berlaku disebabkan bauksit dan kebajikan rakyat diutamakan dalam usaha menyelesaikan masalah ini,”

Itu jaminan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.


Katanya lagi, kerajaan negeri sentiasa berusaha menangani isu berkaitan bauksit ini tetapi masih ada sebahagian peneroka yang mahu kerajaan negeri meluluskan lesen perlombongan bauksit.

“Kita tidak dapat halang mereka namun kerajaan negeri berpendirian bahawa masalah ini perlu ditangani terlebih dahulu dan kepentingan rakyat diutamakan,” kata Adnan.

Jadi, apakah masih menuding jari kepada kerajaan negeri dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN)???

Dengar khabar, wakil rakyat sebelah parti pembangkang yang selama ini terlalu vokal dalam isu ini bertindak melarikan diri daripada sesi soal jawab yang dianjurkan? Sesi soal jawab ini bertujuan mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak yang terlibat dan mencari jalan penyelesaian.

Jika benar perkara itu berlaku, ia amatlah mendukacitakan... selama ini lantang di media sosial sahaja... tetapi takut berdepan realiti.

Inilah, rakyat begitu mudah terpedaya dengan penyebaran berita-berita berunsur persepsi semata-mata di media sosial. Sehingga penulis sendiri tidak terkecuali terpedaya dengannya. Masyarakat dengan ini sewajarnya meneliti dan menyemak dahulu apa jua berita yang berlegar di media sosial.

Kata penceramah Ustaz Kazim Elias, dapatkan sumber yang sahih sebelum mempercayai berita yang datang. Dapatkan 'main source', bukannya memetik sumber kedua atau ketiga atau ke berapa sekalipun.

Bersama-samalah kita berwaspada dalam menjalani kehidupan zaman serba mencabar ini.

#dimana40kpengundibangla #pru13

No comments:

Post a Comment