AdSense

Saturday, November 21, 2015

MOHON PENCERAHAN!!! Anak Anwar 'bermesra' dengan anak penceroboh Lahad Datu


Ketika ini sedang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN kali ke 27 di ibunegara...


Beberapa hari sebelum itu anak kepada Bapak Demonstrasi Jalanan Malaysia Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah 'berposing' sakan bersama Jacel H.Kiram Hasan.

Siapa Jacel H. Kiram Hasan? Nama yang tidak asing bagi pasukan keselamatan negara. Beliau merupakan anak perempuan kepada bekas sultan Sulu yang mengarahkan pencerobohan di Lahad Datu sekitar tahun 2013 lalu.


Bekas sultan Sulu atau lebih dikenali dengan nama Jamalul Kiram III telah mengarahkan lebih 200 orang tentera Sulu dengan menceroboh Sabah secara tepatnya pada bulan Februari 2013.

Jangan dilupa pada parajurit negara yang gugur dalam pertempuran mempertahankan kedaulatan Malaysia.

Menjadi persoalan kita pada hari ini ialah, bagaimana Ahli Parlimen Pantai yang juga merupakan pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tergamak bermesra dengan pimpinan penceroboh?


Dengan bangga memegang poster 'membebaskan Anwar' dan sekeping lagi gambar kelihatan Nurul Izzah serius berbincang sesuatu dengan Jacel?


Tindakannya itu disokong pula oleh Ahli Parlimen Seputeh yang juga memiliki jawatan tinggi dalam DAP iaitu Teresa Kok. Kegiatan DAP dan pembangkang sememangnya sering sahaja 'sehaluan' dengan aktiviti pencerobohan Lahad Datu suatu ketika dahulu.

Tidak hairanlah apabila anggota pasukan keselamatan negara dihina, dikecam dan diperlekeh setiap kali usaha mempertahankan kedaulatan negara ingin digerakkan. 'Polis lambat bertindak', 'Polis tidak ikut SOP' dan pelbagai kenyataan-kenyatan yang seolah-olah cenderung kepada pihak penceroboh!

Dalam perkembangan sama, tindakan 'bermesra' dengan pemimpin penceroboh sedemikian mendapat kecaman daripada Timbalan Presiden MCA iaitu Datuk Dr Wee Ka Siong.

Wee Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam meminta Nurul Izzah agar menjelaskan kepada rakyat mengenai gambar yang disebarkan di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Suara Lensa bersependapat dengan Wee Ka Siong. Tatkala negara menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN, ramai tetamu yang pemimpin luarnegara berada di Malaysia... Apa pula mesej yang ingin disampaikan Nurul Izzah dengan gambar mesra tersebut???


Sewajarnya, Nurul Izzah menyahut seruan Wee Ka Siong dengan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung gambar tersebut serta apa yang sedang berlaku semasa sesi perbincangan berkenaan.

Nampak gayanya, pemimpin pembangkang sanggup melakukan apa sahaja cara demi mengukuhkan sokongan - sekalipun terpaksa bekerjasama dengan pihak penceroboh???

Tidak sabar rasanya mahu mendapatkan penjelasan sebenar daripada Nurul Izzah dan bukannya kenyataan 'playsafe' atau kenyataan putar belit yang menjadi amalan pemimpin pembangkang!

1 comment: