AdSense

Thursday, November 19, 2015

Protes SPAD sikit berbanding sokong. Suara kecil lagi besar dari suara besar?


Semalam, 18 November 2015 berlangsungnya hari pertama himpunan antarabangsa iaitu Sidang Kemuncak ASEAN kali ke 27 di ibunegara.

Dalam negara sedang sibuk menerima tetamu di luarnegara dan bekerja untuk membangunkan Malaysia, muncul pula sebilangan kecil kumpulan pemandu teksi yang kelihatan seperti menjadi alat parti pembangkang.


Apa lagi, sebut saja parti pembangkang, ada pula himpunan besar seperti ASEAN dan Malaysia menjadi tumpuan dunia, mereka (pembangkang) pastinya berasa teruja untuk 'mempopularkan' diri. Kegiatan memburuk-burukkan dan mencalar imej negara ini mereka sememangnya cukup arif dan hebat!

Sebab apa penulis katakan bahawa protes 'pemandu teksi' ini sekadar menjadi alat parti pembangkang?


Mudah sahaja, lihat pada tuntutan kumpulan kecil ini, kain-kain rentang yang diarak ke bangunan Parlimen, kesemuannya adalah isu-isu basi / sedang diselesaikan.

Mereka mahu rombak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan mendesak Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar... Walhal jika kita perhatikan, peserta yang terjebak ke dalam protes yang bermula di Padang Merbok itu jauh lebih kecil berbanding kumpulan yang menyokong SPAD.

Suara Lensa ada menulis tentang kumpulan yang secara terbuka menyokong SPAD ke arah membela nasib para pemain di industri teksi Malaysia.

Baca di sini

Bagaimana kita mahu memihak kepada suara kecil ini dan mengenepikan suara besar yang lain??? Adakah ia adil? Pastinya tidak.


"Saya tengok gambar dari plakad, kumpulan itu sikit sahaja, tetapi bunyi besar. Tetapi kumpulan yang ramai menyokong kita orang tak nampak."

Demikian ulas Syed Hamid terhadap protes yang diadakan semalam.

Isu Uber dan Grabcar yang mereka pertontonkan. Kasihan, sikap menuding jari menyalahkan orang lain menjadi doktrin yang semakin kronik dikalangan masyarakat, bukan sahaja kepada pemimpin politik pembangkang, tetapi juga kini sudah menular kepada pemandu-pemandu teksi.

Sudah berbuih diberi penjelasan, Uber dan Grabcar itu bukan dibidang kuasa SPAD. Ia kan aplikasi atas talian. Bagaimanapun SPAD sudahpun menegaskan bahawa aplikasi tersebut adalah haram.

Pada artikel terdahulu (link di atas) juga ada menerangkan tentang usaha-usaha SPAD ke arah membangunkan industri teksi dalam negara.

Sebab itu penulis katakan, protes kecil yang diadakan saat berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN, adalah satu drama ulangan siri dakyah pembangkang bertujuan meraih perhatian. Drama ulangan ini sememangnya hanya akan diadakan pada hari-hari tertentu sahaja, hari yang disifatkan sebagai 'hari istimewa'.

2 comments:

  1. Anjing2 dapigs dibawah jagaan barua2 dapigs...yakni pkr.
    Wan jijjah sanggup dianjingkan oleh dapigs demi menutup kemaluan laki peliwat laknat beliau.

    ReplyDelete
  2. dah bagi bermacam bantuan hatta tayar kereta pun dapat tapi servis teksi macam s##t.. aku naik teksi dari shah alam sampai klang kena 47 hengget, pakai meter.. aku ingat betul la sebab baru fes time .. then tadi aku guna MyTeksi.. tak sampai seminit ada teksi menyahut.. pakai meter gak.. tapi kena cuma 29 hengget.. banyaknya teksi menipu kat luar sana membuatkan servis teksi lembah klang dipandang haprak oleh orang luar dan dalam.. aku guna uber gak tapi bila try MyTeksi aku rasa puashati so uber aku berenti kejap.. nak tengok sejauh mana MyTeksi boleh pergi..
    aku sokong SPAD !!

    ReplyDelete