Orang kuat PKR, Ahli Parlimen Batu dan juga dikenali orang kuat menggigit, Tian Chua nampaknya macam takut pada bayang-bayang sendiri...
Pasal alat pengintipan dari Itali, sepertimana kata kenyataan bertulis Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah membeli peralatan tersebut.
Soalan ini dikemukakan Tian Chua pada 19 November lalu ke Dewan Rakyat.
Jelas pada kita yang mana Tian Chua seolah-olah berniat melakukan sesuatu perkara yang tidak baik sehingga mahu mendapatkan pengesahan 'securiti' daripada kerajaan...
Mungkin juga selepas ini Tian Chua akan menggelarkan kerajaan Malaysia sebagai lemah kerana tidak memiliki alat keselamatan yang mantap.
Permainan Tian Chua dan PKR ini sememangnya mudah dikesan..
Oh ya sebelum itu... Rafizi yang juga orang kuat PKR dan Anwar Ibrahim kelihatan macho apabila dengan mendabik dada dapat menyelinap masuk ke akaun orang lain. Akta seperti BAFIA bukanlah menjadi halangan buat pemimpin pembangkang. Mungkin bagi pemimpin pembangkang, ia bukanlah kegiatan 'mengintip'. Matlamat menghalalkan cara.
Terbaharu Nurul Izzah (anak perempuan Anwar Ibrahim) kelihatan fokus berbincang dengan Jacel Kiram. Bukan orang biasa bah... Jacel ini ialah anak perempuan kepada penceroboh di Sabah. Siap pegang poster membebaskan bapanya, Anwar Ibrahim yang merengkok di dalam penjara selepas mahkamah mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadi, Saiful Bukhari Azlan.
Dikhabarkan, pertemuan Nurul Izzah - Jacel ada kena mengena dengan Tian Chua tetapi Tian Chua sebaliknya menafikannya dengan sekadar memberitahu- 'tuduhan tidak berasas'
Ah hati dan perasaan keluarga anggota keselamatan yang gugur kita tolak tepi.
Agak-agak apa tindakan yang dirancang pasukan penyerang daripada parti pembangkang ini?
No comments:
Post a Comment