AdSense

Tuesday, November 24, 2015

MP Kota Tinggi harap pembinaan naiktaraf jalanraya disegerakan


Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid selaku Ahli Parlimen Kota Tinggi (BN) melahirkan harapan tinggi beliau agar pembinaan naiktaraf jalan yang menghubungkan bandar Penawar dan Kota Tinggi dapat dipercepatkan.

Ia melibatkan naiktaraf daripada dua lorong kepada empat lorong serta usaha-usaha menghubungkan antara bandar-bandar.


Dengan sempurnanya pembinaan ini maka ia akan memberi manfaat kepada rakyat tempatan apabila wujudnya kepesatan ekonomi di kawasan terlibat.

Selain itu, pelebaran jalan tersebut juga berupaya mengurangkan angka kemalangan yang sering berlaku di jalan berkenaan disamping menangani aliran trafik yang semakin sesak akibat kebanjiran kenderaan dewasa ini.

Sedia maklum, segala aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan lancar apabila sesebuah bandar dapat dihubungkan dengan bandar yang lain.

Dalam hal ini, Kota Tinggi adalah antara kawasan yang berjiran dengan Pengerang yang sedang rancak melebarkan taraf ekonomi setempat dalam Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

Pastinya, aliran pembangunan dapat dirasai secara bersama dikalangan penduduk setempat apabila talian hubungan seperti jalanraya berada dalam keadaan yang baik.

Segala perancangan pembangunan ini semata-mata mahu memberi keuntungan dan manfaat buat rakyat secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment