Sebuah anak syarikat kumpulan FELDA iaitu Felda D'Saji Sdn Bhd menyasarkan perolehan sehingga RM70 juta menjelang hujung tahun ini. Angka ini dirujuk berdasarkan pembukaan tiga tempat baharu iaitu restoran D'Saji KL Titiwangsa, Orchard Villa Gombak dan Asmara Penchala.
Baru beroperasi 2 bulan, D'saji KL Titiwangsa berupaya meraih perolehan sebanyak RM15 juta setahun. Ini adalah kerana lokasinya yang dilihat cukup strategik sekaligus menarik minat kunjungan orang ramai terutamanya pelancong luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Felda D'Saji Sdn Bhd, Ahmad Zaki Abdullah juga menjangkakan dapat menarik tempahan dikalangan agen pelancongan, majlis perkahwinan dan korporat.
Sementara Orchard Villa dan Asmara Penchala pula lebih menjurus kepada tempat bagi mengadakan pelbagai acara.
Hebat anak syarikat ini, sekalipun induknya iaitu FELDA pernah dituduh muflis oleh parti pembangkang yang sememangnya tidak senang dengan kejayaan demi kejayaan yang dirangkul FELDA.
Lebih mendukacitakan parti pembangkang adalah apabila anak syarikat FELDA ini memberikan fokus utama mereka dibidang perhotelan pula di masa akan datang!
Ya, mereka akan fokus pada pengurusan bidang ini apabila hotel milik Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd dijangka siap pada suku pertama tahun hadapan.
Nampaknya, menangis lagi lah parti pembangkang untuk mencari idea 'menembak' dan menjatuhkan kredibiliti FELDA secara keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment