AdSense

Thursday, February 23, 2023

LALUAN SELANGOR-PAHANG YANG HILANG


Sebelum jalan raya ke Pahang melalui Kuala Kubu Baru, Jalan Lama Gombak dan Terowong Genting Sempah dibina, memang ada laluan dari Klang Gate ke Pahang, melalui Tangga (hulu empangan Klang Gate sekarang), Genting Bidai (sempadan Selangor-Pahang) dan tembus ke Janda Baik.

Laluan tersebut bersaiz laluan kereta kuda, masih wujud cuma dah tertutup dengan pokok hutan.

Laluan tersebut adalah laluan sejarah semasa Perang Kuala Lumpur tahun 1872, Tengku Kudin menggunakan laluan tersebut untuk mendapatkan bantuan dari Pahang dan laluan 1000 askar Pahang pimpinan Bendahara Wan Ahmad ke Hulu Klang untuk membantu Tengku Kudin (rujuk buku Sejarah Selangor 1969 Dan Sejarah Pahang - 1971 karya Haji Buyong Bin Adil).

Pada tahun 1902, pemerintah British telah menebuk sebahagian Beting Kuartza (laluan lama Selangor-Pahang) sepanjang 30 meter untuk menembusi sempadan negeri Pahang dan terowong ini masih kekal dan menjadi sebahagian daripada kawasan larangan Empangan Klang Gate.

Dikongsikan oleh Orang Wangsa Maju

No comments:

Post a Comment