AdSense

Sunday, September 27, 2015

Konsensus BN : MCA sedia lanyak Kit Siang di Gelang Patah


Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah parti yang mengamalkan prinsip antara lain - konsensus iaitu kerjasama / tolak ansur dikalangan parti yang menyertainya. Ini bukan amalan baharu tetapi sudah sekian lama, sejak mengunakan nama 'Perikatan' lagi.

Parti terbesar UMNO, MCA dan MIC sekalipun masing-masing dilihat sedang bergelut dengan permasalahan dalaman namun kelihatan komited untuk menjadikan parti pembangkang iaitu Pakatan Rakyat ops! maaf sudah tukar kepada Pakatan Harapan (palsu) sebagai MUSUH UTAMA dalam pilihanraya umum akan datang, PRU14.


Sehubungan dengan itu, komponen BN daripada MCA yang mengetuai masyarakat Cina sudah membuka langkah mereka untuk melanyak pemimpin tertinggi DAP Lim Kit Siang yang kini sedang lena tidur di atas kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor.


Kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, UMNO setuju untuk menyerahkan semula kerusi di Gelang Patah kepada MCA pada PRU14 akan datang.

"Tetapi kita tunggu juga, adakah Kit Siang masih berani untuk bertanding di situ (Gelang Patah)." ujarnya selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Johor 2015 di Segamat semalam.

Turut kelihatan, Timbalannya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Sebelum ini, pembaca pasti masih ingat mengenai kerusi panas di Gelang Patah pada PRU13 yang lalu bukan.

Pemimpin tertinggi DAP yang tak pernah turun-turun sejak sekian lama iaitu Lim Kit Siang secara sesuka hatinya mahukan kerusi di Gelang Patah. Berita yang tersebar luas ketika itu adalah mengenai sikap Kit Siang yang tidak akan menetap di satu-satu kawasan bagi tempoh lama.

Senang kata, Kit Siang yang lebih kurang seusia Mahathir (bekas Perdana Menteri) yang sepatutnya berundur daripada politik ini adalah jenis yang tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang diidamkan. Hanya dijadikan sandaran atau tiket untuk mendapatkan kuasa semata-mata dan kemudiannya lesap entah ke mana. Sibuk menjadi punahsihat di negeri milik anaknya di Pulau Pinang barangkali.

Lantas yang demikian, pengundi di Gelang Patah mula menyedari bahawa Kit Siang yang dilabel sebagai Hero Kaum Cina gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik bagi membela masyarakat di kawasan yang dimenanginya pada pilihanraya.

No comments:

Post a Comment