AdSense

Sunday, September 27, 2015

Oh! Azizah... Mahu bebaskan suami jika punya 2.6bil???


Media Sinar Harian dalam portalnya ada menyiarkan satu kenyataan daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - isteri kepada mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel yang bertajuk : Kalaulah pembangkang ada RM2.6b...

Merujuk kepada kenyataan Wan Azizah ini, sedarlah penulis bahawa apa yang ada di dalam kepala pembangkang adalah mengenai usaha mereka menggulingkan kerajaan pemerintah dengan apa cara sekalipun.



Sumber : KLIK DI SINI

Walhal mereka sedar bahawa kerajaan pemerintah hari ini dipilih oleh rakyat sendiri melalui kertas undi dalam pilihanraya.

Kalaulah pembangkang ada RM2.6 bilion - dana politik, mereka akan 'membeli' ahli parlimen dikalangan parti lawan iaitu Barisan Nasional (BN) untuk membelot kepada parti sendiri?

"Kalau kita ada RM2.6 bilion, mungkin ia akan membantu kita sebab itulah cara ia (berfungsi). Bagaimana untuk dapatkan sokongan rakyat, itu dah satu hal. Kita tak ada dana RM 2.6 bilion.”

Tetapi bagi penulis, parti pembangkang hakikatnya memiliki dana yang lebih besar daripada nilai itu. Tetapi sengaja berseloroh dengan dana yang disalurkan oleh negara Timur Tengah kepada Presiden UMNO. Di dalam negara Malaysia yang mengangkat agama Islam sebagai agama persekutuan, adalah menjadi perkara sensitif bagi pembangkang untuk mengaku mereka menerima dana politik dari Israel mahupun Zionis. - Teruk mereka dikuburkan oleh pengundi-pengundi pada pilihanraya nanti.


Sekalipun tempoh pilihanraya umum masih panjang, pembangkang sudah mula menyemai benih-benih kebencian setiap kali mereka berbicara. Pada peringkat ini, mereka masih menggunakan ayat-ayat sama sepertimana biasa. Paling popular, kerajaan korup, tekanan GST, rakyat kebulur, menteri makan duit rakyat, media berat sebelah dan hari ini kita (pembangkang) menang esok harga minyak turun....

Hakikatnya, mereka masih mencari peluru-peluru baharu untuk menembak kerajaan - sampailah menjelang pilihanraya (atau sebelum pilihanraya dengan menggunakan pintu belakang).

Sedar atau tidak, pembangkanglah yang menguasai media ketika ini. Sinar Harian juga tergolong di dalam kumpulan pro-pembangkang sejak akhir-akhir ini. Jadi, seharusnya soal media berat sebelah tidak lagi timbul. Jika timbul sekalipun, masyarakat sudah lagi tidak mempercayainya.

Biasalah, pembangkang sering sahaja menggunakan strategi politik mereka sebegini. Drama air mata dan mengaku tidak mendapat sokongan sekaligus mengundang rasa simpati dihati masyarakat.

Mereka jarang sekali untuk bercerita soal kemajuan di kawasan mereka, misalnya di Kajang. Selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, soalan-soalan berkaitan masalah banjir kilat atau wabak denggi paling tinggi Selangor mungkin bukan menjadi isu utama untuk dibangkitkan.

Justeru itu, apakah selepas daripada ini, dengan lambakan berita sensasi daripada sebelah pembangkang (berbeza ketika pemerintahan BN majoriti 2/3), pertumbuhan media pro-pembangkang bagai cendawan termasuk Sinar Harian dan media asing - akan membuka mata masyarakat agar berwaspada dengan strategi parti pembangkang?

No comments:

Post a Comment