Nampak gayanya pakatan rakyat DAP dan PKR gagal untuk membangkitkan kemarahan rakyat apabila fitnah yang mereka lemparkan kepada parti komponen Barisan Nasional - MCA telah berjaya ditumbangkan.
Tertumbangnya papan tanda fitnah ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa puak-puak pakatan ini semakin terdesak menagih sokongan daripada rakyat di sana.
Ternyata benar, kehadiran MCA di Permatang Pauh bagi menyedarkan pengundi dikalangan masyarakat Cina meresahkan pakatan terutamanya DAP.
Tambahan pula keputusan pada PRK Rompin semalam memperlihatkan peningkatan undi dan sokongan daripada kaum Cina kepada BN.
Tsunami pengundi Cina yang berlaku pada PRU13 yang lalu kelihatan dapat dipulihkan sedikit demi sedikit sementara DAP yang kononnya lantang memperjuangkan nasib orang Cina kini ibarat cacing kepanasan. - Tidak mustahil DAP PKR akan mengolah semula versi fitnah 40k Bangla dalam masa terdekat.
Kerja keras MCA bersama parti komponen UMNO, MIC dan lain-lain yang berkempen pada PRK Rompin dan Permatang Pauh ini menampakkan semula sinar cerah buat BN untuk menerajui pemerintahan.
Kubu kuat keluarga seorang banduan bernama Anwar kini semakin longgar manakala gabungan 3 parti dalam pakatan terus berpecah belah, bergaduh bercakaran sesama sendiri tanpa bertemu noktah.
Esok merupakan hari pembuangan undi di Permatang Pauh. Para pengundi perlulah sedar bahawa pakatan keluarga Anwar selama ini tidak membawa apa apa manfaat kepada rakyat. Masih ramai rakyat Permatang Pauh tidak dibela sekalipun sudah sekian lama diperintah keluarga Anwar.
Mereka hanya tahu berpolitik, berceramah dan mengamalkan kebencian kaum. Mereka juga juara emosi, drama dan provokasi yang mencetuskan keganasan. Tidak hairanlah jentera BN tercedera akibat dipukul semasa berkempen. Semangat demokrasi yang mereka jeritkan di jalanan sebelum ini hanyalah sekadar gimik politik meraih perhatian.
Oleh itu, buat para pengundi Permatang Pauh, berilah peluang kepada calon BN Suhaimi Sabudin untuk berkhidmat kepada anda. Calon muda dan berpendidikan ini mampu mengurustadbir Permatang Pauh dengan lebih baik.
Apa yang penting, Suhaimi atau Mie ini tidak akan sesekali meninggalkan rakyat yang mengundinya. Beliau akan membela nasib rakyat Permatang Pauh dan tidak akan pergi kemana-mana termasuk ke Kajang, Selangor iaitu kawasan pemerintahan Wan Azizah yang juga calon PKR di Permatang Pauh - demi kuasa, Wan Azizah terpaksa meninggalkan rakyat Kajang yang memilihnya.
Kesedaran ini perlulah dizahirkan di atas kertas undi. Undilah calon Barisan Nasional.
Kita TUKAR..Dah 17 tahun Permatang Pauh..mula mula Anwar AlJuburi, lepas tu Wan Jijah Sepat Kering, laki keluar Penjara..letak jawatan...Lalu bertanding...lepas tu nak sangat kuasa MB tanding di Kajang..lagi sekor Cina terkorban .Kali masuk penjara..tanding lagi Permatang Pauh..tak gila kuasa ke macam tu..orang lain yg bertanding,tanpa apa apa jawatan hanya sekadar seorang isteri diminta berundur...guna la logik sikit wahai penyokong Bingai PKR. CUKUP CUKUP LAGI WAN JIJAH SEPAT KERING...BALIK JAGA CUCU LAGI BAGUS..
ReplyDelete