AdSense

Wednesday, May 6, 2015

Kempen '40k Bangla' kembali, versi baharu


Esok 7 Mei akan berlangsungnya hari pembuangan undi pada Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Nampaknya jentera pakatan semakin terdesak menagih undi daripada rakyat. Mereka kelihatan semakin gelisah apatah lagi keputusan PRK Rompin semalam menyaksikan peningkatan undi termasuk daripada kaum Cina.

Apa lagi yang boleh dilakukan puak-puak DAP dan PKR ini selain menyuntik politik perkauman.


Ketua Wanita MCA menjadi sasaran mereka dengan menaikkan papan tanda bersama satu kenyataan yang diputar belit.


“Apa motif DAP dan PKR memutar belitkan kenyataan saya yang hanya tertumpu kepada satu-satu bangsa?

“Ucapan saya ketika ditemubual China Press berkaitan sistem percukaian baharu iaitu GST telah diputar belit. PR sengaja menggunakan perkataan berbaur perkauman semata-mata mahu menagih undi setelah menyedari sokongan rakyat kepada mereka mula berkurangan,” kata Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie.

China Press pun sudah membuat penjelasan dan memohon maaf berhubung kesilapan mereka. Namun PR sengaja menaikkan papan tanda ini sebagai bahan kempen mereka.

Sehubungan itu Heng segera membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis. Perkara sebegini tidak sewajarnya terjadi ketika berkempen.

Puak-puak pakatan ini memang sengaja menggunakan politik fitnah dan perkauman sebab mereka mulai sedar sokongan mereka daripada para pengundi semakin nipis.

PAKATAN SEMAKIN RESAH...

1 comment:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA TKI YANG BEKERJA DI KILANG SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    JADI TEMAN YANG DALAM KESUSAHAN JANGAN PERNAH PUTUS ASAH, KALAU SUDAH WAKTUNYA TUHAN PASTI KASIH JALAN’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



    JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
    THNKS ROOMX SOBAT

    ReplyDelete