AdSense

Thursday, September 12, 2024

ROSAK NAMA ISLAM



Semakin hari semakin banyak kejadian yang merosakkan nama Islam dan memberi gambaran salah terhadap Islam.


Keadaan ini membuatkan orang bukan Islam salah anggap mengenai Islam.


Antara kejadian-kejadian tersebut;



KANAK-KANAK DIDAKWA DILIWAT DAN DI AJAR MELIWAT


Kanak-kanak diliwat dan diajar meliwat di rumah amal (kebajikan). Dakwaan ini bukan sembarangan, tetapi ia didedahkan oleh Ketua Polis Negara.


Katanya, serbuan dibuat di 18 premis sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas polis menerima laporan pada 2 September berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan cabul.







Katanya, daripada risikan dan keterangan yang diperoleh, mangsa diajar meliwat, seterusnya diliwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.


Mangsa rumah amal diajar meliwat, diliwat - KPN


Polis serbu 20 rumah amal, 400 budak dipercayai mangsa eksploitasi diselamat


Namun dakwaan itu dinafikan oleh pihak tersebut.


Kanak-kanak diliwat, diajar meliwat: Ini fitnah jahat, kata GISBH


Tidakkah ini membawa pandangan salah terhadap Islam?


Cara penyelesaian : SEGERA HERET mana-mana pihak yang berkenaan ke muka pengadilan. KENAKAN HUKUMAN BERAT jika didapati bersalah. HARAMKAN pertubuhan, persatuan dan organisasi mereka. SENARAIHITAM pesalah daripada menubuhkan apa jua jenis organisasi berkumpulan termasuk syarikat.




Follow FB PUKAS - Pusat Kajian Ajaran Sesat


SIJIL HALAL WAJIB PADA SEMUA


Sebelum itu timbul isu sijil halal yang diwajibkan kepada semua restoran yang tidak menyajikan babi dan alkohol. Kenyataan ini keluar daripada mulut Menteri Agama.


Jakim pertimbang wajibkan sijil halal


Sedangkan ia masih diperingkat cadangan. Kenapa diumumkan kepada orang ramai?


Adakah makcik pakcik jual nasi lemak tepi jalan wajib ada sijil halal?


Adakah restoran dalam kawasan tokong / kuil yang vegetarian (tidak jual babi dan alkohol) juga wajib ada sijil halal? Sedangkan 100% pelanggan mereka bukan beragama Islam?


Tidakkah ini membawa pandangan salah terhadap Islam?


Cara penyelesaian : Beritahu dengan jelas, CADANGAN ini terpakai HANYA KEPADA PENGUSAHA BERAGAMA ISLAM YANG MAHU DAPATKAN SIJIL HALAL. Jika pengusaha bukan Islam mahu dapatkan sijil halal, IA DIALU-ALUKAN DAN DIGALAKKAN.


Tolong tolong tolong, jangan rosakkan nama Islam. Jangan biarkan Islam disalah erti, disalah anggap.


Suaralensa

12/9/2024

No comments:

Post a Comment