AdSense

Sunday, February 4, 2024

Tony Pua hari ini sama macam 'Superman Hew' suatu ketika dulu

Hew sering berceramah dengan cara kontroversi, biadap dan ektremis. Penyokong DAP suka dan ramai orang Cina serta India juga terpengaruh dengan cara dia berpolitik.


Bila timbul isu 3R atau ada rakyat yang buat laporan polis terhadapnya, maka DAPIK cepat-cepat kata Hew bukan ahli DAP. Sedangkan Hew berceramah atas pentas DAP!. Ya mereka memang suka bodohkan orang macam tu je...


Dan apa yang pasti, setiap ucapan Hew atau lebih tepat, hasutan dan fitnahnya, sudah pun tertanam dalam kepala otak penyokong DAP termasuk pengundi atas pagar. Maka itu BN ditolak rakyat.


Kini Tony Pua pula dilihat menggantikan tugas Hew.


Setelah sekian lama menghilang, Pua yang diangkat sebagai Raja Formula dan Raja Penghapus Tol (tak buat apa2 semasa berkuasa dan jadi orang kuat Guan Eng Menteri Kewangan) tiba-tiba muncul dengan menghina keputusan Lembaga Pengampunan berhubung kes DS Najib Razak .


Jangan terkejut, kalau pemimpin DAP akan kata, "Oh itu Pua punya komen peribadi saja. Dia bukan ahli DAP lagi. You dont worry lor.."


Dan realitinya, orang ramai terutama pentaksub DAP cukup menyanjung tinggi pandangan Pua. Bukan setakat bertepuk tangan, tetapi cukup seronok menghamburkan komen-komen mereka bagai melepas geram. Ya, DAP menang lagi.


Timbul persoalan, adakah Tony akan dikenakan hukuman agar ianya dapat dijadikan teladan kepada rakyat Malaysia supaya tidak bersikap biaDAP?


Suara Lensa

4 Feb 2024

No comments:

Post a Comment